List

Didik Mahasiswa dalam Pengurusan Literasi Kewangan ASNB

Kuantan, 2 Oktober – Menyedari pentingnya dalam memberi pendedahan serta pendidikan kepada mahasiswa dalam pengurusan literasi kewangan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengadakan Program Pengurusan Literasi Kewangan ASNB yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang baru-baru ini.

Program mendapat kerjasama pihak Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) disertai seramai 1500 orang mahasiswa baharu. Hadir dalam program Dekan Pembangunan Pelajar JHEPA, Ts. Dr. Muhamad Mat Noor, Pengurus Jabatan Pemasaran dan Literasi Kewangan ASNB, Abdul Rahman Abdul Hamid, Pengurus JJIM, Mohd Raizalhimy Mohd Rais dan Kaunselor Kanan JHEPA, Pn. Paridah Mohd Ali.

Menurut Dr. Muhamad, program seumpama ini amat baik untuk diberi pendedahan kepada mahasiswa khususnya dapat membantu mahasiswa dalam menguruskan kewangan mereka serta dapat menggalakkan budaya menyimpan sejak muda lagi. “Lebih menarik lagi, pihak ASNB telah memberi baucer bernilai RM10.00 dalam bentuk unit amanah kepada mahasiswa yang membuka akaun serta mengemaskini akaun ASNB semasa program berlangsung,” katanya.

Bagi En. Abdul Rahman berkata, program ini bukan hanya untuk memupuk budaya menabung melalui pelaburan dalam kalangan mahasiswa sejak dari awal tetapi juga merupakan salah satu inisiatif kerjasama jaringan strategik antara UMP dan ASNB. Dalam pada itu, seramai 1600 mahasiswa telah mendaftar akaun ASNB sempena Hari Pendaftaran Mahasiswa Baharu yang diadakan di kampus Pekan dan Gambang.

Disediakan Halizan Mohmood dan Siti Nurfarmy Ibrahim.

M.M.Noor

  Posts

1 2 3 10
November 24th, 2018

The importance of MILD combustion, impact on the industry and global warming

Written by M.M.Noor, Feb 2013, USQ, Australia. Title: The importance of MILD combustion, impact on the industry and global warming […]

November 20th, 2018

UMP – World No Tobacco Day 2018

UMP – World No Tobacco Day 2018 On 30th of April were held the closing ceremony for “The Biggest Loser […]

November 20th, 2018

My Associate Editor in Chief, International Journal of Agriculture and Environmental Research

My Associate Editor in Chief, International Journal of Agriculture and Environmental Research EDITORIAL BOARD M.M.Noor

November 20th, 2018

UMP News: Didik Mahasiswa dalam Pengurusan Literasi Kewangan ASNB

Didik Mahasiswa dalam Pengurusan Literasi Kewangan ASNB Kuantan, 2 Oktober – Menyedari pentingnya dalam memberi pendedahan serta pendidikan kepada mahasiswa […]

November 20th, 2018

My Conference Technical Program Committee, ICEDA2018 Khanh Hoa City, Vietnam

My Conference Technical Program Committee, ICEDA2018 Khanh Hoa City, Vietnam http://www.iceda.org/committee.html M.M.Noor

November 19th, 2018

Bolehkah penjawat awam menerima hadiah seperti duit raya dan Ang Pow semasa Majlis Rasmi ?

Apakah Bolehkah penjawat awam menerima hadiah seperti duit raya dan Ang Pow semasa Majlis Rasmi ? Merujuk Kepada Peraturan-Peraturan Pegawai […]

November 19th, 2018

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di mana pemberinya tidak diketahui ?

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di […]

November 19th, 2018

Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ?

Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ? Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang […]

November 19th, 2018

Bolehkan penjawat awam menerima hadiah dalam musim perayaan ?

Bolehkan penjawat awam menerima hadiah dalam musim perayaan ? Pegawai awam tidak boleh menerima atau menerima hadiah dalam apa bentuk […]

November 19th, 2018

Adakah pemberian hamper yang kecil nilainya dianggap rasuah ?

Adakah pemberian hamper yang kecil nilainya dianggap rasuah ? Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah […]