List

Semenjak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi iaitu sarjana muda, saya mula mengetahui saya minat menyanyi! Sehinggakan pada peringkat pascasiswazah, saya terpilih untuk menyertai kumpulan orkestra UTM. Fungsi kumpulan orkestra UTM adalah untuk melakukan persembahan di function penting universiti.

Saya berkesempatan untuk membuat persembahan di hadapan khalayak VIP seperti Dato’ NC UTM bersempena makan malam konvokesyen di kediaman rasmi beliau bagi meraikan graduan yang memenangi hadiah dalam majlis konvokesyen keesokkannya dan tetamu-tetamu kehormat lain.

Bila mendaftar sebagai pensyarah kanan di UMP saya tercari-cari peluang untuk berkongsi bakat, kali ini dengan warga UMP. Pihak kebudayaan dan kokurikulum telah saya hubungi tetapi respon selepas itu mendukacitakan. Sesuai dengan zaman era globalisasi ini, ada sahaja internet maka terhubunglah kita dengan dunia yang populasinya seluruh dunia.

Saya begitu aktif di platform SMULE, sebuah aplikasi yang menawarkan fungsi berkaraoke dengan pengikutnya. Saya, mungkinlah tidak sebanyak pengikut seperti Khai Bahar dan lain-lain, tetapi jumlah pengikut saya bertambah dari masa ke masa. Saya juga kerap berkongsi trak-trak lagu menarik daripada rakaman lagu di SMULE ke aplikasi SoundCloud.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan dua buah lagu buat anda semua.

Semakin – Siti Sarah

Sampai Bila – Misha Omar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]