Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kategori baru saya wujudkan iaitu #Pesan mak. Yang mana kategori ini saya abadikan semua pesanan-pesanan Allahyarhamah mak saya yang telah mengadap Ilahi pada 10 Mac 2011.
Semoga penulisan dan berkongsian ini bermanfaat sedikit sebanyak kepada para pembaca untuk dijadikan panduan.
#Pesan Mak: Beli Tunai, Jangan Berhutang
Kenapa dimulai dengan beli tunai jangan berhutang?
Itu yang terlintas, jadi saya tulis la.
Kalau kita nak apa2. Simpan duit, cari pendapatan lebih. Jangan sesekali beli ansuran, beli hutang. Kalau tak mampu tunai jangan beli. Arwah mak bila hendakkan sesuatu akan gadai barang kemas. Kita?
Jadi kita mestilah ada pelaburan dan simpanan yang boleh digunakan apabila perlu.
Mak buat rumah tunai. Rumah kayu kami bertukar rumah batu, saya pun tidak pasti berapa lama mak menyimpan. Tahu-tahu bila dewasa mak bagitau nak buat rumah batu kerana banyak yang dah rosak papan dan kayu rumah. Nak buat rumah kayu, tak cukup duit. Jadi, buat rumah batu.
Hingga dewasa saya tanamkan dalam diri untuk tidak berhutang kecuali untuk beli kereta & rumah @ hartanah. Selain itu belian secara tunai. Sepanjang hampir 20 tahun bekerja saya tidak pernah membuat pinjaman peribadi kecuali 1 pinjaman peribadi untuk membeli rumah.
Elakkan pinjaman peribadi untuk kepuasan diri.
Elakkan meminjam duit kawan dan bayar bila dapat gaji.
Sejujurnya pesanan arwah mak sangat berkesan buat diri saya.
Sekian, salam perkongsian.
Leave a Reply