List

Publisher: Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2015

Description: 241 p. : col. ill. ; 22 cm.

ISBN: 9789830975214.

Subject(s): Autobiography

Ustaz Kazim Elias ini memang tidak asing lagi di pentas dakwah negara. Buku ini ditampilkan dengan penulisan santai yang memuatkan kisah beliau sejak kecil hingga menjadi pendakwah.

Dimuatkan dengan 58 topik dan setiap topik hanya mempunyai beberapa muka surat sahaja mengkisahkan tentang apa yang dilalui penulis. Bagi yang lahir pada tahun 70-an akan merasakan seperti kisah mereka yang dimuatkan di dalam buku ini.

Ringkas! Menarik! Dan mengimbau kenangan silam itu yang dapat saya katakan apabila membaca buku ini.
Bagi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan buku umum atau anekdot, buku ini boleh disenaraikan sebagai salah satu bahan bacaan. Dengan membaca buku ini kita akan merasakan menulis bukanlah sesuatu yang sukar sehingga perlu mencari kosa kata yang bombastik!

Pembaca akan lebih mengenali kehidupan penulis dengan lebih dekat melalui topik-topik yang ditulis. Bukan itu sahaja, bahkan setiap topik juga dimuatkan dengan nas, doa atau mutiara kata yang bersesuaian serta gambar-gambar yang berkaitan. Ini sesuai dengan tanggungjawab beliau sebagai pendakwah agar tidak lupa menyelitkan nasihat dan nas dalam setiap pengkisahan.

Jika pembaca berminat akan unsur kelakar, memang buku ini diisi dengan kisah-kisah lucu yang dilalui oleh penulis dan mungkin juga kisah yang sama dilalui oleh pembaca. Bahan bacaan santai ini memuatkan kisah teladan, nasihat, kisah lucu dan pastinya dapat membuat pembaca merasai satu lagi kisah dan perit getir sebelum beliau menjadi pendakwah.


Bagi yang dibelenggu dengan masalah dan juga melalui kehidupan ini dengan kesukaran, bacalah buku ini. Mungkin ia memberi anda ketenangan untuk melalui kehidupan yang mencabar ini.

Selamat membaca!
Aishah Ghani

29/1/2021

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *