List

 

Assalamualaikum  & salam sejahtera,

Ramai yang mudah berkongsi di fb tetapi sukar untuk menulis di blog.

Memang tidak dinafikan menulis di blog menitikberatkan kandungan, isi dan cara penulisan yang menarik.

Jika di fb atau insta cukup sekadar gambar dan beberapa perkataan anda pasti mendapat banyak like (jika kena gaya).

Saya mula memiliki blog pada tahun 2012 (kira-kira 6 tahun yang lalu).

Sebab?

Saya banyak  menghadiri kelas-kelas kewangan dan saya perlukan paltform untuk berkongsi. Jika berkongsi dengan pembaca, saya rasa lebih gembira dan lebih bermanfaat. Kerana tidak semua oarang tahu dna tidak semua orang mampu menghadiri kursus berkenaan. Disamping itu ia juga mendorong saya untuk lebih membaca.

Ok. Tip ringkas bagi mendapatkan idea menulis di blog:

  1. Tulis faedah, kebaikan, penambahbaikan, kandungan, intipati selepas menghadiri kursus, bengkel @ taklimat. Catatan semasa program akan memudahkan anda mengarang.
  2. Baca. Baca. Baca. Tak perlu beli buku cukup sekadar rajinkan diri pinjam buku dari perpustakaan. Buku dalam bidang yang anda minati dan buatkan penulisan/ ringkasan yang boleh memberi manfaat kepada pembaca blog anda.
  3. Malas kaedah di atas? Hmmmm… rajin jadi follower?Kalau jadi jadi follower, rajin-rajinkan diri membuat ringkasan bagi blog yang anda ikuti. Dan artikel penuh link ke pemilik blog berkenaan. Ingat!, jangan copy dan paste tanpa memberi kredit kepada penulis asal.

 

Cukuplah sekadar 3. Apa yang penting perlu diamalkan.

Selamat  menulis dan berkongsi!…

#adminblog

#jomberkongsikebaikan

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *