List

CSI KEWANGAN - PENGURUSAN KEWANGAN DARI KECIL HINGGA DEWASA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Berhutang tidak salah tetapi kebanyakkan orang menggunakan hutang dengan cara yang salah. Hutang kalau digunakan dengan betul boleh menjadi alat kewangan yang berkesan untuk membina kekayaan”.

-Zaidi Ismail-

Jika menyebut nama Zaidi Ismail, beliau sinonim dengan pengurusan hutang dan juga melangsaikan hutang dengan pantas. Kali ini saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai buku terbaharu beliau yang telah dilancarkan pada awal September 2021. Sempat saya mengikuti ‘soft launching’ tersebut dan terus membelinya secara  atas talian.

5 perkara menarik yang saya ingin kongsikan mengenai buku ini adalah:

  1. Penulis memberi panduan mengurus kewangan sejak dari kanak-kanak. Ini membantu ibu bapa untuk mendidik ilmu kewangan kepada anak-anak sejak kecil.
  2. Beliau juga mengutarakan kajian kes sebenar dalam mengurus hutang. Kajian ini diambil dari individu yang meminta bantuan beliau sama ada melalui emel atau di dalam kelas beliau. Dengan berkongsi dengan pembaca mengenai kajian kes mungkin ada di kalangan pembaca yang ditimpa masalah yang sama dalam pengurusan hutang dan juga pengurusan kewangan dapat mencari solusi. Bab ini menarik bagi saya kerana ia lebih dekat dengan masyarakat dan terus secara langsung dapat membantu pembaca yang bermasalah.
  3. Penulisan yang menyeluruh dari aspek mengurus wang untuk keluarga dan juga dalam perniagaan.
  4. Beliau juga berkongsi tentang bahayanya Skim Pengurusan Wang Haram.
  5. Bab terakhir penulis memberi 137  tip menambah baik kewangan.

Menarik bukan?

Buku ini bukan untuk yang pakar tetapi sesuai sebagai bahan pemula dalam mendidik  para pembaca dalam pengurusan kewangan. Ia menyentuh secara umum bagi setiap topik. Jika pembaca ingin mengetahui lebih mendalam perlunya bahan bacaan yang lain yang spesifik atau fokus pada topik atau bab berkenaan.

Bahasa yang digunakan juga mudah dan tiada istilah kewangan yang sukar difahami. Pembaca dari pelbagai peringkat umur sesuai memiliki dan membaca buku ini. Saya sarankan setiap ahli keluarga membacanya walau tidak dapat membelinya. Carilah di perpustakaan untuk membacanya secara percuma.

Akhir sekali, ilmu kewangan itu luas, jadi untuk mengurus kewangan jangan pernah berhenti membaca.

Salam perkongsian!

28/9/2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *