List

 

Assalamualaikun & salam sejahtera,

Penulisan kali ini seolah-oleh berita lapuk 2 bulan yang lalu. Tetapi saya bukan ingin kongsikan berita tetapi berkongsi bagaimana persediaan yang diperlukan dalam memenuhi kriteria AKNC.

AKNC ini adalah antara anugerah terunggul yang diimpikan oleh setiap jabatan. Ia bukan sahaja dengan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM20,000.00 tetapi juga proses persediaan secara menyeluruh untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun. Pendek kata AKNC ini bukan persediaan saat akhir dan jabatan boleh berharap pada ‘tuah’ untuk menang. Ia tidak semudah itu!

Jika ada di antara pembaca adalah di kalangan warga staf yang pernah memenangi AKNC, tahniah dan syabas diucapkan. Biar apa orang kata tetapi percayalah jabatan anda layak menerimanya.

Penulisan ini saya bahagikan pada 3 perkara:

  1. Persediaan awal
  2. Perlaksanaan
  3. Semakan & persediaan akhir

 

  1. Persediaan awal

Sebelum masuk mana-mana pertandingan, kena ambil tahu syarat dan kriteria yang ditetapkan. Perlu juga hadam jumlah pemarkahan mengikut kriteria. Sekiranya ia dibahagikan kepada 3 kriteria asas dan pemberat markah adalah hampir sama, maka ia lebih mudah.

Sebaliknya jika sesetengah kriteria mempunyai pemberat dan peratus yang lebih tinggi maka fokuskan kepada pemberat tersebut terlebih dahulu.

Buat senarai semak kriteria mana yang telah dilaksanakan di peringkat jabatan dan yang mana belum dilaksanakan atau tidak pernah langsung terfikir untuk dilaksanakan.

Setelah mengenal pasti kriteria dan sub kriteria yang telah dipenuhi, berbincanglah dengan ketua jabatan agar beliau menyokong dan memahami apa yang perlu dilakukan seterusnya bagi memenuhi kriteria anugerah.

 

Saya masih ingat sekitar tahun 2015, Ketua Pustakawan pada masa itu iaitu Tuan Hj Ruslan Che Pee memanggil saya dan menyatakan hasratnya untuk Perpustakaan memasuki AKNC. Saya maklumkan kepada beliau, banyak lagi kriteria yang belum kita buat. Jika kita masuk sekarang, markah akan sedikit.

Katanya “buatlah persiapan, susun apa yang patut”

“Baik” balas saya. 

Selepas itu, pada tahun 2016 saya bertanggungjawab sepenuhnya sebagai penyelaras Pelan Strategik Perpustakaan (2016-2020) dan ini membantu saya dalam merangka serta melaksanakan beberapa inisiatif yang selari dengan kriteria AKNC.

 Alhamdulillah, usaha dan komitmen semua staf di jabatan membuahkan hasil apabila mendapat Merit pada tahun 2018. Dan perjalanan itu diteruskan lagi

 

(sambung di episod seterusnya)….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *