List

 

“Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita”

Assalamualaikum & Salam buat pembaca. Jom saya kongsikan tip jimat dalam berbelanja. Dalam ekonomi yang semakin meruncing, merancang perbelanjaan dan mengamalkan tip jimat sangat penting.

  • Kurangkan guna telefon
    • Kurangkan membuat panggilan telefon bimbit berbayar.
    • Aplikasi telefon android boleh whatapss, telegram dan banyak wifi percuma disediakan.
    • Gunakan emel dan fb untuk bertanya khabar
  • Asingkan mengikut sampul (Duit gaji/pendapatan diasing mengikut sampul). Sampul untuk:
    • Simpanan
    • Barangan dapur
    • Bil utiliti, sewa rumah
    • Kereta
    • Sekolah anak-anak
    • Wang untuk ibubapa
    • Dana kecemasan
  • Beli ditempat yang betul & masa yang betul
    • Tahukah anda sesetengah pasar raya akan menawarkan harga yang lebih murah dalam keadaan tertentu?
    • Sebelum dapat gaji- Giant dan kadangkala Tunas manja
    • LYC- Barang basah seperti ikan dan sayur lebih murah.
    • Happy hour- Jika kerap berbelanja barangan, boleh semak waktu happy hour setiap pasar raya. Semasa happy hour kadangkala setiap barangan boleh jimat beberapa ringgit atau 50% dari harga asal. Yang penting kena rajin dapatkan info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *