List

Assalamualaikum  & salam sejahtera,

Sempena pembentangan projek KIK UMP bersama MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia) pada Jumaat 22 Mac 2019 di Bilik Mesyuarat Utama JHEPA.

Selaku salah seorang yang berada dalam Bilik Mesyuarat, apa yang ingin dikongsikan.

  1. Banyak projek dan proses yang boleh dikongsikan antara jabatan.
  2. Tidak semua projek perlu masuk KIK. Adakala ia cukup untuk kaizen di jabatan. Yang penting setkan dalam diri untuk melaksanakan penambahbaikan kepada jabatan. Lagi bagus setiap jabatan tetapkan setahun berapa kaizen. Pernah satu tahun ada jabatan menetapkan 100 kaizen dalam tempoh 2 tahun. Terkejut? Tetapi itulah hakikatnya. Ini membolehkan dan memaksa setiap staf terpaksa memikirkan kaizen bagi setiap kerja mereka.
  3. Pembentangan hari ini mengikut format ICC MPC dan banyak kumpulan tidak bersedia mengikut format tersebut?.. Boleh agak la kan.

Jika kita percaya pada ajaran Islam yang meminta kita menjadi insan lebih  baik dari semalam. Jadi?

Begitu juga dengan hadis yang meminta kita “ihsan”..membuat sesuatu dengan terbaik.

Proses yang hari ini belum tentu baik dan sesuai di masa akan datang. Kerana itu akan ada ruang penambahbaikan.

Tanamkan dalam setiap diri agar selalu mencari idea membuat penambahbaikan. Biak dalam kerjaya atau kehidupan harian.

 

-Salam kaizen-

#Jangan pernah jemu.

22/3/2019..

Post 25/6/2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *