List

[Pelaburan yang paling baik adalah untuk ilmu]–>https://vt.tiktok.com/ZSefx89nK/

  1. Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun.
  2. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya dalam sehari untuk membaca.
  3. Anthony Robbins: Pernah membaca 700 buah buku dalam setahun.
  4. Elon Musk: Membaca sebanyak dua buah buku setiap hari.
  5. Bung Hatta: Punya cara yang unik untuk membaca 30 000 koleksi bukunya.
  6. Marz Zuckerberg: Membaca sebuah buku baharu setiap dua minggu selama setahun.
  7. Sultan Nazrin Shah: Baginda mampu habiskan sepanjang hari membaca buku, dari pagi hingga malam.(Sumber: Muka buku Mohd Helmi Ahmad, Buku dan Tabiat Membaca)

Anda bagaimana?
Ada apa dengan buku.

Buku adalah kertas kertas yang disusun menjadi 1 naskhah. Untuk menyusunnya perlu dihasilkan bait-bait penulisan. Bait-bait penulisan pula dihasilkan dari pengalaman atau pembacaan buku-buku yang lain atau penyelidikan.

Jadi, ada apa dengan buku?

Pengalaman sehari dua?

Pengalaman berpuluh-puluh tahun.

Kajian berbulan-bulan.

Pengembaraan beribu batu.

Jadi, apa pembaca dan kita boleh  perolehi apabila membaca buku?.

Kita tahu ada apa dalam buku tetapi kita tetap tidak ingin membukanya.

Apatah lagi membacanya. Saya bukan sahaja merujuk pada buku bercetak tetapi juga buku elektronik. Yang penting kita perlu membaca buku untuk mendapat pengalaman, pengembaraan dan ilmu orang lain.

Tanpa perlu menghabiskan wang berpuluh ribu mengembara, pembaca boleh mengembara dengan membaca koleksi buku National Geographic. Traveler. Selain itu ada juga Koleksi     National Geographic Traveler magazine’s yang dibukukan atau Koleksi buku Eyewitness travel guides mengikut negara.

Jika yang sering menghadapu masalah dan sedang mencari solusi, selain mengadu kepada Allah, bacalah buku. Cari buku-buku motivasi yang boleh memberi panduan dan cadangan dalam menyelesaikan masalah.

Apakah kandungan buku tidak mampu menjadikan anda “pencinta setia’?

Kalau minat menulis sama ada di media social atau blog, perlu sangat minat membaca supaya penulisan tidak menjadi ‘tin  kosong’.

 

Saya sendiri sebagai blogger, sebelum menulis di blog berkaitan sesuatu topik saya akan membaca beberapa buah buku dan dikombinasikan dengan pengalaman agar penulisan tersebut lebih tepat.

Kerana saya percaya apa yang kita lalui melalui pengalaman tidak semestinya yang terbaik dan tepat. Dan mungkin pengalaman orang lain lebih baik atau ada cara yang lebih mudah. Kerana itu penulisan akan membantu pembaca membuat pilihan yang sesuai denga mereka.

 

Wah!.. Panjang pula saya menulis. Apa yang ingin saya utarakan adalah tanamkan minat membaca dalam diri kita dan keluarga. Kalau tiada minat cari benih dan semaikan ia agar kelak ia membuahkan hasil-hasil yang manis untuk kehidupan kita.

Coretan ikhlas,

-Aishah Ghani-

#Malaysiamembaca

#Jomtanamminatmembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *