List

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sejak 2009 saya agak aktif ber ICC atau KIK. Setelah 2014 saya kurang melibatkan diri dalam ICC. Apa yang saya tuliskan di sini adalah ringkasan pengalaman sepanjang menjadi ketua, fasilitator, panel juri serta penceramah ICC.

Innovative & Creative Circle (ICC) di UMP sekarang mendapat suntikan baharu dengan menamakan ia sebagai KIK New Horizon. Tidak kiralah horizon baharu atau lama, namun semangat dalam menyuntik kaizen atau melakukan menambahbaikan secara berterusan perlu bagi menjayakan KIK.

Saya percaya tiada kejayaan tanpa usaha.

Tiada kejayaan datang bergolek tanpa penat lelah dan kesungguhan serta kerjasama antara kumpulan.

Di sini saya kongsikan ringkasan dalam menjayakan kumpulan KIK anda!..

Tip untuk kumpulan KIK.

1. Baca setiap topik satu demi satu.

2. Rujuk slide kumpulan KIK yang telah berjaya dan jangan ambil kesemuanya tetapi mengikut proses.

3. Sediakan jadual perancangan yang teliti agar mudah diikuti oleh ahli.

4. Dapatkan data mencukupi atau biar terlebih data dari terkurang. Mungkin ia diperlukan pada proses lain.

5. Jangan fikir untuk menang projek tetapi laksanakan projek mengikut proses KIK. Apa yang penting KIK akan membantu ahli dalam mencari & menyelesaikan masalah mengikut proses yang betul.

Untuk suntikan semangat saya kongsikan gambar arkib serta pencapaian Kumpulan eLIBĀ  (Perpustakaan UMP):

2009- e-LIB- Johan KIK peringkat UMP.

2010- eLIB- Persembahan Terbaik Kategori Teknikal Antara IPTA,

2010- eLIB, The Most Promising ICC Mini Konvensyen Wilayah Pantai Timur,

2010- eLIB- Anugerah Emas Konvensyen KIK Pantai Timur, KIK Peringkat Kebangsaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *