List

Assalamualaikum  & Salam sejahtera, 

Sambungan dari Part 1: 

Jom baca.

Bunyi memang sukar dan  agak cerewet, tetapi apakah resepi kejayaan melaksanakan KIK?

KIK= Sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan persetujuan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Dalam menjalankan KIK, perlu:

Sebelum; pilih ahli  

1. Ahli yang boleh bekerjasama, saling membantu, rajin etc.

2. Ketua yang memahami faham proses KIK

3. Ada ahli yang berkemahiran komputer (Excell, powerpoint etc), jika tiada perlu latihan intensif.

4. Ada ahli yang bagus dalam penyampaian/pembentangan.

5.Elakkan terlalu ramai. 6-7 orang sudah memadai.

Semasa:

1.Jadual berkala bagi mengelakkan tugasan hakiki terganggu.

2.Agih tugas ikut kemahiran ahli.

3. Ketua /Fasilitator fahamkan ahli proses demi proses. Tunjukkan cd pembentangan KIK dari Universiti lain kepada ahli.

4. Sediakan ruang kerja tetap kumpulan bagi penyampaian /mesej dlm kumpulan.

5. Ahli mesti benar-benar faham projek yang dipilih.

Selepas;

1. Sesi pembentangan sama ada di hadapan pengurusan /untuk pertandingan, sediakan skrip untuk lebih teratur dan lancar. Tanpa skrip lagi bagus kerana ia dapat membuktikan pembentang memang betul-betul faham apa yang dilaksanakan.

2. Sediakan slide yang menarik dari segi warna, jenis tulisan. Jika dibentangkan di dewan yang besar pastikan saiz tulisan juga boleh dibaca oleh panel dan juga audien. Bab slide ni jangan lupa masukkan nombor slide untuk memudahkan rujukan.

3. Kerap rehearsal.

4. Jika berjaya, raikan kejayaan bersama sebagai penghargaan atas usaha, kerjasama anda semua.

Akhirnya saya kongsikan slide kumpulan eLIB serta kumpulan WISDOM  untuk tatapan sahaja. Ini kerana versi baru KIK /KIK New Horizon tidak memerlukan slide yang banyak. Format baharu saya belum ada kerana saya belum lagi mengikut konvensyen dengan format baharu tersebut.

eLIB

Kejayaan itu lebih manis apabila kita bersama mengembleng tenaga.

Salam perkongsian.

#KenanganKIK2010

#TeameLIB

#TeamKIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *