List

Assalamualaikum & salam buat para pembaca,

Kalau ikutkan kesibukan memanglah sibuk.

Tetapi..

Selepas mengendalikan bengkel pengurusan risiko (PR) 2 hari  pada 22-23 Jan 2019 dan didapati ramai peserta bengkel tidak faham dan tidak tahu bagaimana IMPAK risiko diperolehi,

Jadi terpanggil untuk menulis sedikit di blog. Tetapi perlu diingat untuk memahami secara mendalam WAJIB hadir bengkel/kursus berkaitan PR. Berikut secara ringkas menyediakan dashboard PR:-

  1. Tetapkan parameter & kebarangkalian (dalam kes UMP telah diwujudkan untuk digunapakai oleh semua jabatan).

2. Kenalpasti risiko, punca dan akibat  yang akan dihadapi.

3. Untuk mendapat tahap risiko sama ada risiko kasar atau risiko bersih, mesti tahu pengukuran IMPAK dan KEBARANGKALIAN. Bab IMPAK inilah yang saya ingin terangkan secara ringkas.

4. Cth: Analisis “Risiko kerosakan peralatan dalam makmal”  bagi mendapatkan impak seperti berikut:

IMPAK. Rujuk gambar 1. Kebarangkalian (merujuk  pada % ia akan terjadi). Di UMP bagi risiko PTJ kebarangkalian yang  digunakan seperti di gambar 2.

 

Gambar 1.

Gambar 2

Setelah peroleh IMPAK (3) dan KEBARANGKALIAN 3, tahap risiko adalah  significant (rujuk gambar 3).

Gambar 3.

 

:: Tahap risiko bagi “Risiko kerosakan peralatan dalam makmal” adalah SIGNIFICANT 3,3. 

Begitulah seterusnya samada untuk menilai keberkesanan dan juga pelan mitigasi. Pegawai risiko tidak boleh sesuka hati meletakkan kadar impak tanpa mengetahui cara ia berfungsi.

Sekian, semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat!…


Sekitar  Bengkel Penyediaan Dashboard PTJ pada 22-23 Jan 2019 @ Bilik Seminar 2 Perpustakaan Pekan.

#Salamperkongsian

#Manfaatkan

 

-Aishah Ghani-

-Pegawai Risiko –

 

 

 

3 Responses to “Bahagian 1: Dashboard Pengurusan Risiko: Mendapatkan IMPAK”

  1. Mirza

    Assalamualaikum, boleh saya tahu macam mana nak buat table yang ada warna serta level risk itu.
    Saya pelajar praktikal dan syarikat tersebut seperti baru sahaja wujudkan bahagian risiko jadi saya tidak diberikan any software which is dalam bentuk excel. saya perlu buat dari awal identify risk. Saya student yang hanya pengetahuan yang basic dan ingin mendapatkan pendedahan mengenai risk lebih mendalam. Persoalan saya macam mana nak link kan data2 ke sheet yang lain selain menggunakan hyperlink.

    • sitiaishah

      Waalaikumussalam.

      1. Table ada warna itu asas yang ditentukan oleh insitusi s/a warna merah=high risk dan sebagainya.

      2. level risk ditentukan oleh owner/institusi. Ada sesetengah organisasi dia hanya guna 4 risk /level sahaja. Ada juga yang guna 4 level risk.

      Untuk perincian memang kena hadir bengkel/kursus bagi memahaminya secara terperinci.

  2. sitiaishah

    Table risiko memang tidak perlu software. Ia hanya menggunakan excel dan powerpoint sahaja untuk melukis. Cuba belajar dengan staf yang lebih berpengalaman di tempat kerja agar mudah memahaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *