List

Assalamualaikum dan salam kepada semua pembaca

 

Semoga Allah anugerahkan kita keberkatan dalam setiap tutur kata, tingkah laku dan juga ukhwah yang telah dibina.

Kita akan suka apa yang kawan kita suka.

Kita akan makan apa yang kawan kita makan.

Kita akan berakhlak dengan akhlak sahabat kita.

Perasan atau tidak sahabat sejoli mempunyai citarasa yang hampir sama.

…..

Jadi,

Carilah sahabat yang sanggup membetulkan kita, bila kita salah. Bukan mendiamkan diri kerana khuatir kita sakit hati jika diteguri.

Sahabat atau rakan yang sabar dengan keburukan kita dan tidak berputus asa mendoakan perubahan pada diri kita.

Sebagaimana apa yang kita ingin lihat diri kita di cermin, maka begitulah juga kita cari sahabat.

Sahabat dan rakan bukan sekadar di dunia tetapi menjadi saksi apabila kita mati dan di alam barzakh nanti.

Seandainya buruk akhlak dan agama sahabat/rakan kita, kitalah yang akan ditanya apa tugas kita untuk memperbaikinya.

Jangan selesa dengan keburukan sahabat/rakan tetapi selalulah berusaha untuk sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

 

“Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat.” (Riwayat Ahmad)

“Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya” (Riwayat Abu Daud)

(more…)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *