List

Salam buat semua pembaca.

Baru selesai berbengkel dengan JK EKSA Perpustakaan. Bermula jam 9:15am hingga 4:00pm melihat ahli jawatankuasa bertungkus lumus menyediakan perancangan bagi memenuhi semua kriteria EKSA.

Selaku fasilitator EKSA Perpustakaan saya percaya dan yakin perancangan dan persetujuan sebulat suara JK akan memberi kejayaan dalam sesebuah organisasi dalam melaksanakan EKSA.

Tidak kira dalam 5S atau EKSA, saya ingin kongsikan tip dan panduan yang mungkin boleh dilaksanakan di jabatan atau fakulti. Jom layan ~~~

  1. Bentuk Jawatankuasa yang mantap. Yang boleh merancang dan melaksanakan. Yang mahu belajar dan belajar bukan membenci atau menghindari EKSA/5S. (Sekiranya baru ingin memulakan EKSA/5S, cari penyelaras di kalangan auditor atau yang memang faham tentan EKSA). Sebab?…Beliau telah faham sebahagian senang untuk laksana.
  2. Kalau telah mantap jawatankuasa, buat jawatan ketua secara giliran agar semua ahli lebih faham dan lebih bertanggungjawab dan lebih ceria ketua yang sedia ada. Kadangkala melantik orang yang sama membuatkan dia penat dan bosan (tidak semua orang seperti itu).
  3. Pertukaran jawatankuasa setiap 2 atau 3 tahun. jangan tukar 100% tetapi sebahagian. Mungkin ketua bertukar ahli lama menjadi ketua.  Manakala ahli yang terlalu lama dalam JK boleh berihat seketika dan ganti dengan ahli baharu. Bergantung kepada bilangan staf. Tidak semua jabatan dapat laksanakan giliran dan pertukaran.
  4. Sila buat bengkel. Jangan biarkan penyelaras dan ketua sahaja yang memerah otak merancang aktiviti bagi jabatan. Mungkin 1 kali perancangan untuk 2 tahun dan mesyuarat JK untuk memantau pelaksanaan tersebut. Bengkel separuh hari atau sehari yang mantap akan membantu JK dan juga ahli dalam jabatan.  Masa tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak bengkel. Siapkan semua dalam bengkel dapat mengelakkan perancangan tertangguh. Tiada siapa suka membuat  bengkel susulan sedangkan ia dapat disiapkan dalam sehari.

 

Dalam bengkel ini JK dapat menyiapkan:

i. Carta perbatuan 2018 bagi latihan, promosi dan juga audit.

ii.  8 aktiviti di bawah promosi

iii. 7 aktiviti di bawah latihan termasuk 3 deraf poster EKSA.

iv. Berita bengkel dengan pantas disiapkan oleh setiausaha di akhir sesi.

Hati mana yang tidak bahagia, terasa mereka semua telah mampu merancang dan mengurus EKSA dengan baik untuk masa-masa akan datang. Lega  sekiranya suatu hari melepaskan semua ini dengan baik.

 

Selamat melaksanakan EKSA!..

-Aishah Ghani-

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *