List

Assalamualaikum  & salam sejahtera,

Buat pembaca yang rajin melayan penulisan saya di blog. Sebenarnya saya tidak la rajin menulis. Tetapi dah dilantik menjadi admin blog. Kuatkan diri gagahkan jari untuk menaip.

Dah seminggu mencari idea nak menulis.

Nah hari ini saya hidangkan tajuk menarik dan diharap para pembaca tertarik.

Kalau jenis yang malas membaca sampai habis… Tak payahlah baca.

Sebab anda bukan orang yang kami cari untuk menjana pendapatan melalui pembacaan.

 

Ok. Saya ringkaskan:-

 

Anda nak tambah pendapatan?

Anda rajin membaca buku?

Jika jawapannya ya, jomlah baca perenggan seterusnya.

Langkah-langkahnya:-

  1. Cari senarai buku di Lazada@ laman web Bookcafe?

Laman web Bookcafe adalah laman web yang dimiliki oleh syarikat PTS Publication. Mereka menjual buku-buku yang dikeluarkan dan diterbitkan oleh PTS.

  1. Pinjam buku di perpustakaan dan baca.
  2. Daftar sebagai ejen affiliate bagi laman web Bookcafe [https://bookcafe.com.my/en/affiliate-bookcafe/ ] dan buat review buku yang anda pinjam di perpustakaan tadi. (Tak payah susah2 nak beli baru baca dan review, jimat duit poket). Komisen yang ditawarkan ialah 5%-7% bagi buku fizikal.
  3. Jika ada yang membeli buku tersebut anda akan mendapat komisen.

 

Tak biasa dengan istilah affiliate?

Boleh rujuk di link bookcafe di atas. Faham terma-terma dan selamat menjana pendapatan.

 

Kalau tak pandai review macam mana?

Belajar lah. Tiada orang yang lahir-lahir sahaja terus pandai. Baca bagaimana orang lain membuat review buku untuk jualan. Review yang menarik sampai pembaca ingin membelinya. Bayangkan jika senaskhah buku berharga RM25.00 dan purata jualan hasil dari anda review sebanyak 7 naskhah.

7% x RM25.00 x 7 naskhah= RM12.25

 

Ok. Dah fahamkan?

Perpustakaan akademik dan perpustakaan awam boleh membantu anda menjana pendapatan. Yang penting usaha perlu ada. Nekad. Gunakan kemudahan sekeliling anda untuk memberi manfaat kepada anda.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!

Salam perkongsian!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *