List

Ini adalah kali ke-3 Perpustakaan menganjurkan Karnival PGS. Ia memfokuskan kepada mengumpul barangan terpakai untuk diberikan secara PERCUMA atau dijual pada harga yang sangat rendah.

Pada Mei 2015 merupakan karnival kali pertama yang diadakan di Perpustakaan Gambang & Pekan selama satu minggu. Jawatankuasa Amalan 5S pada waktu itu bertungkus lumus mendapatkan barangan untuk diberi secara percuma.

Pada tahun 2016 dengan tajaan perabot dari Kluster Waste Butik PGS telah diwujudkan di Perpustakaan Pekan dengan menggunakan perabot dari kayu palet.

2017 merupakan tahun di mana tidak diwujukan karnival kerana Butik PGS berjalan lancar setaip hari sebagaimana operasi Perpustakaan.

2018 karnival ini dimulakan semula kerana Butik PGS tidak beroperasi bagi memberi laluan kerja-kerja ubahsuai di Perpustakaan Pekan.

Melalui Karnival PGS ini warga UMP boleh menyumbang barangan secara percuma atau meletakkan barangan mereka untuk dijual oleh JK penganjur dengan 15% dari harga jualan akan disumbangkan kepada penganjur (JK EKSA Perpustakaan).

Besarlah harapan saya selaku penasihat JK EKSA Perpustakaan dan juga BUTIK PGS agar karnival ini memberi peluang kepada komuniti setempat dan juga warga UMP mendapatkan barangan secara percuma atau dijual dengan serendah RM1.00.

 

Guna semula apa kita ada!..

Guna semula apa yang masih elok!

Berikan secara PERCUMA kepada JK Penganjur.

Jika berminat untuk menyumbang boleh hubungi nombor tertera di atas iaitu Puan Ika (Gambang 09-5491417/3131) @ Encik Es (Pekan-09-424 5617).

#JomBersamaMenyokongGunaSemula

#EKSA

#KarnivalPGS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *