“Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita”
Assalamualaikum & Salam buat pembaca. Jom saya kongsikan tip jimat dalam berbelanja. Dalam ekonomi yang semakin meruncing, merancang perbelanjaan dan mengamalkan tip jimat sangat penting.
- Kurangkan guna telefon
- Kurangkan membuat panggilan telefon bimbit berbayar.
- Aplikasi telefon android boleh whatapss, telegram dan banyak wifi percuma disediakan.
- Gunakan emel dan fb untuk bertanya khabar
- Asingkan mengikut sampul (Duit gaji/pendapatan diasing mengikut sampul). Sampul untuk:
- Simpanan
- Barangan dapur
- Bil utiliti, sewa rumah
- Kereta
- Sekolah anak-anak
- Wang untuk ibubapa
- Dana kecemasan
- Beli ditempat yang betul & masa yang betul
- Tahukah anda sesetengah pasar raya akan menawarkan harga yang lebih murah dalam keadaan tertentu?
- Sebelum dapat gaji- Giant dan kadangkala Tunas manja
- LYC- Barang basah seperti ikan dan sayur lebih murah.
- Happy hour- Jika kerap berbelanja barangan, boleh semak waktu happy hour setiap pasar raya. Semasa happy hour kadangkala setiap barangan boleh jimat beberapa ringgit atau 50% dari harga asal. Yang penting kena rajin dapatkan info.
Leave a Reply