List

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog,

Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP telah membuahkan idea untuk saya menulis. Buat beliau yang sering membaca coretan di blog saya ini, doakan semoga minat menulis yang baik-baik terus subur dalam diri saya.

Sedar atau tidak kadangkala antara kita ada yang bekerja bukan kerana minat mereka terhadap kerja tersebut tetapi tuntutan untuk mempunyai sumber pendapatan. Nak berniaga tak pandai, nak berMLM tidak tersusun bicaranya. Jadi, masuklah kerja makan gaji di sektor kerajaan sesuai dengan kelulusan dan kelayakan yang ada.

  • Ada yang tidak gembira untuk ke tempat kerja.
  • Ada yang kerap marah-marah kerana perkara dan kesilapan yang kecil
  • Lagi teruk selalu kutuk sistem yang tidak betul atau bos yang tidak betul menjadi punca mereka tidak produktif.
  • Sebenarnya berpunca dari rasa tidak gembira!

Bagaimana untuk bertahan dalam kerjaya yang sebenarnya mereka tidak minat?

  • Terlibat dalam jawatankuasa yang boleh memberi kita kepuasan dan kegembiraan. Contoh, jika anda minat bersukan tetapi anda ditempatkan sebagai kerani di Jabatan Bendahari. Bagi memberi kegembiraan, tawarkan diri sebagai penyelaras sukan atau menjadi Ketua Biro Sukan Kelab Kebajikan jabatan dan sebagainya.
  • Menawarkan diri dalam perkara/ tugasan yang anda minat.
  • Meningkatkan pengetahuan & penglibatan dalam perkara yang anda suka. Mohon kursus, bengkel terhadap perkara yang kita suka dan seterusnya sumbangkan kembali ke jabatan
  • Mencari hobi yang menyokong kerjaya anda.

Sekiranya semua di atas tidak memberi kebahagian kepada anda dan masih lagi tidak membuat anda bahagia di tempat kerja. Carilah perkara luar yang mengembirakan anda.

Hadiri kelas dan kursus yang boleh membuat anda tersenyum. Kelas memasak? Kelas berenang? Kelas mendaki? dan macam-macam kelas lagi. Yang penting usahakan untuk membuat anda gembira apabila anda akan ke tempat kerja. Penglibatan seperti ini juga dapat mengurangkan stress anda.

Berkongsi tentang gembira di tempat kerja. Jika ada yang perasan, saya memang banyak dan cenderung terlibat dengan TQM atau pengurusan kualiti menyeluruh. Perpustakaan bukanlah minat kerjaya saya pada asalnya tetapi ia adalah ilmu yang saya pelajari semasa di peringkat sarjana UM. Memandangkan penglibatan saya dalam bidang pemasaran dan menjadi pembantu penyelidik selama 4 tahun sebelum terjun ke bidang perpustakaan. Ini menyebabkan minat perlu dipupuk, cinta perlu disemai untuk mencintai bidang kepustakawanan. Sekarang menginjak 16 tahun dalam Perpustakaan.

Maka, bagi memberi saya kegembiraan dan kepuasan saya dalam kerjaya di UMP saya melibatkan diri dalam TQM. Ia boleh membuat saya gembira, selalu menimba ilmu dalam bidang yang diminati. Jadi, adakah saya tidak gembira di Perpustakaan? Tentulah gembira kerana kegembiraan dari luar memberi kebahagian dalam kerjaya sebagai pustakawan.

Fuh!…Panjang lebar. Terima kasih teman seperjuangan yang sering memberi semangat dan motivasi untuk diri ini terus menyumbang buat UMP.

#gembiradalam kerjaya

#buatapakitasuka

Aishah Ghani

-Kongsi dari pengalaman~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 3 4 5 6
October 8th, 2018

Karnival Barangan Terpakai Secara Percuma@Dijual (Karnival PGS)

Ini adalah kali ke-3 Perpustakaan menganjurkan Karnival PGS. Ia memfokuskan kepada mengumpul barangan terpakai untuk diberikan secara PERCUMA atau dijual […]

September 27th, 2018

Medini Homestay yang berbaloi berdekatan Legoland

Assalamualaikum dan salam buat pembaca, Jauh perjalanan luas pandangan. Itulah apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini. MEDINI HOMESTAY~Condominium […]

August 15th, 2018

Bengkel Teknikal Personal Blog pada 15 & 16 Ogos 2018

Buat pertama kali admin blog mengadakan bengkel blog untuk blogger. Dengan kata lain majoriti peserta adalah di kalangan pensyarah. Sesi […]

June 27th, 2018

Bagaimana Perpustakaan Membantu Anda Menjana Pendapatan?

Assalamualaikum  & salam sejahtera, Buat pembaca yang rajin melayan penulisan saya di blog. Sebenarnya saya tidak la rajin menulis. Tetapi […]

June 26th, 2018

13 Hari, 14 Tahun

Assalamualaikum & salam sejahtera, Bagi tajuk gempak sikit. Supaya pembaca tertanya-tanya. Apa 13 hari tu? Apa 14 tahun? Oh ya…Sebenarnya […]

June 12th, 2018

Kenapa Langganan Pangkalan Data Ditamatkan?

Salam sejahtera buat semua pembaca. Kali ni perkongsian saya berkisar mengenai kerjaya. Walaupun minat saya pada penulisan kewangan dan juga […]

June 7th, 2018

Mengejar Ramadhan Terakhir Cara Mudah

Sumber gambar: https://moslemgraphix.deviantart.com Salam sejahtera buat semua pembaca blog. Salam Ramadhan, Ramadhan terakhir mungkin masing-masing ingin memaksimumkan amalan sebanyak mungkin. Cara […]

March 23rd, 2018

Personal Blog: Awareness @ 4th April 2018

(Sample picture) DATE : 4 APRIL 2018 VENUE : DEWAN ASTAKA UMP GAMBANG TIME : 9:30  – 12:30 PARTICIPANT: ACADEMICIAN […]

March 7th, 2018

Soal Jawab EKSA- Bahagian 1: Komponen A

Assalamualaikum & salam sejahtera, Seperti dijanjikan. Sepanjang Mac 2018 ini saya akan kemaskini dan kongsikan berkaitan dengan EKSA. Kenapa? Agar […]

February 6th, 2018

Panduan untuk Auditor Dalaman EKSA

Assalamualaikum  & salam sejahtera, Kali ini saya kongsikan panduan untuk bakal-bakal auditor EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam).  Panduan ringkas ini […]