List

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog,

Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP telah membuahkan idea untuk saya menulis. Buat beliau yang sering membaca coretan di blog saya ini, doakan semoga minat menulis yang baik-baik terus subur dalam diri saya.

Sedar atau tidak kadangkala antara kita ada yang bekerja bukan kerana minat mereka terhadap kerja tersebut tetapi tuntutan untuk mempunyai sumber pendapatan. Nak berniaga tak pandai, nak berMLM tidak tersusun bicaranya. Jadi, masuklah kerja makan gaji di sektor kerajaan sesuai dengan kelulusan dan kelayakan yang ada.

  • Ada yang tidak gembira untuk ke tempat kerja.
  • Ada yang kerap marah-marah kerana perkara dan kesilapan yang kecil
  • Lagi teruk selalu kutuk sistem yang tidak betul atau bos yang tidak betul menjadi punca mereka tidak produktif.
  • Sebenarnya berpunca dari rasa tidak gembira!

Bagaimana untuk bertahan dalam kerjaya yang sebenarnya mereka tidak minat?

  • Terlibat dalam jawatankuasa yang boleh memberi kita kepuasan dan kegembiraan. Contoh, jika anda minat bersukan tetapi anda ditempatkan sebagai kerani di Jabatan Bendahari. Bagi memberi kegembiraan, tawarkan diri sebagai penyelaras sukan atau menjadi Ketua Biro Sukan Kelab Kebajikan jabatan dan sebagainya.
  • Menawarkan diri dalam perkara/ tugasan yang anda minat.
  • Meningkatkan pengetahuan & penglibatan dalam perkara yang anda suka. Mohon kursus, bengkel terhadap perkara yang kita suka dan seterusnya sumbangkan kembali ke jabatan
  • Mencari hobi yang menyokong kerjaya anda.

Sekiranya semua di atas tidak memberi kebahagian kepada anda dan masih lagi tidak membuat anda bahagia di tempat kerja. Carilah perkara luar yang mengembirakan anda.

Hadiri kelas dan kursus yang boleh membuat anda tersenyum. Kelas memasak? Kelas berenang? Kelas mendaki? dan macam-macam kelas lagi. Yang penting usahakan untuk membuat anda gembira apabila anda akan ke tempat kerja. Penglibatan seperti ini juga dapat mengurangkan stress anda.

Berkongsi tentang gembira di tempat kerja. Jika ada yang perasan, saya memang banyak dan cenderung terlibat dengan TQM atau pengurusan kualiti menyeluruh. Perpustakaan bukanlah minat kerjaya saya pada asalnya tetapi ia adalah ilmu yang saya pelajari semasa di peringkat sarjana UM. Memandangkan penglibatan saya dalam bidang pemasaran dan menjadi pembantu penyelidik selama 4 tahun sebelum terjun ke bidang perpustakaan. Ini menyebabkan minat perlu dipupuk, cinta perlu disemai untuk mencintai bidang kepustakawanan. Sekarang menginjak 16 tahun dalam Perpustakaan.

Maka, bagi memberi saya kegembiraan dan kepuasan saya dalam kerjaya di UMP saya melibatkan diri dalam TQM. Ia boleh membuat saya gembira, selalu menimba ilmu dalam bidang yang diminati. Jadi, adakah saya tidak gembira di Perpustakaan? Tentulah gembira kerana kegembiraan dari luar memberi kebahagian dalam kerjaya sebagai pustakawan.

Fuh!…Panjang lebar. Terima kasih teman seperjuangan yang sering memberi semangat dan motivasi untuk diri ini terus menyumbang buat UMP.

#gembiradalam kerjaya

#buatapakitasuka

Aishah Ghani

-Kongsi dari pengalaman~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 4 5 6
December 21st, 2018

Tip mudah menulis blog

  Assalamualaikum  & salam sejahtera, Ramai yang mudah berkongsi di fb tetapi sukar untuk menulis di blog. Memang tidak dinafikan […]

December 21st, 2018

Top 5 average post by PTj (2018)

Assalamualaikum & Salam sejahtera, Cabaran bagi setiap PTj  yang mempunyai blogger yang ramai tetapi yang kemaskini hanya 2-3 orang sahaja. […]

December 17th, 2018

Menjayakan Pengurusan Risiko Jabatan

Assalamualaikum & salam sejahtera, Salam perkongsian buat semua pembaca blog. Kali ini saya kongsikan slide bagaimana Dashboard Pengurusan Risiko Perpustakaan […]

November 15th, 2018

Puisi Khas Untuk Auditor

November 14th, 2018

Puisi: Kita Sering Silap

KITA SERING SILAP MELIHAT MANUSIA DENGAN KACA MATA MENILAI MANUSIA DENGAN MATA HATI MENGHUKUM MANUSIA DENGAN EMOSI SEDANGKAN KITA DIAJAR […]

November 12th, 2018

Sahabat Cermin Diri

Assalamualaikum dan salam kepada semua pembaca   Semoga Allah anugerahkan kita keberkatan dalam setiap tutur kata, tingkah laku dan juga […]

November 7th, 2018

ICC/KIK Part 2: Menjayakan Kumpulan Inovatif & Kreatif

Assalamualaikum  & Salam sejahtera,  Sambungan dari Part 1:  Jom baca. Bunyi memang sukar dan  agak cerewet, tetapi apakah resepi kejayaan melaksanakan […]

November 7th, 2018

ICC/Kumpulan Inovatif & Kreatif Part 1: Mengendalikan KIK

Assalamualaikum & salam sejahtera, Sejak 2009 saya agak aktif ber ICC atau KIK. Setelah 2014 saya kurang melibatkan diri dalam […]

October 25th, 2018

How to Reset Password : http://blog.ump.edu.my

  Assalamualaikum & good morning.. Before you reset password,  please make sure you have blog.   How?..Type http://blog.ump.edu.my/[username ecommunity] eg. http://blog.ump.edu.my/dzull a. […]

October 19th, 2018

Tips membesarkan anak-anak

Assalamualaikum wbt & salam sayang buat semua pembaca blog. Semoga Allah anugerahkan kita yang baik-baik dan diberi kesihatan untuk meneruskan […]