List

How to cope with burnout

Sumber gambar: American Chemical Society

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Coretan ini saya tulis sebagai meluahkan rasa dan untuk sama-sama kita fikir, kita hayati apabila berada dalam dunia kerjaya. Ruang lingkup dalam sesebuah  organisasi.

You hanya buat kerja itu sahaja, pensyarah banyak benda dia kena buat!”. Kata-kata itu membuat pegawai saya emosi dan meninggikan suara.

Beliau baharu sahaja selesai sesi pembentangan dan masih mengedit tugasan untuk tambah baik.

Panggilan telefon daripada pensyarah berkenaan membuat dirinya melenting dengan dihamburkan kata-kata seolah-olah beliau hanya buat satu tugasan sahaja. Saya pun tidak selidik sejauh mana hamburan kata-kata oleh pensyarah berkenaan membuatkan dia sedikit hilang kawalan emosi.

Saya teringat kata-kata dari salah satu ceramah ustaz di mana “akhir zaman, ramai orang pintar tetapi tak ramai berakhlak. Ramai orang cerdik tetapi tak ramai orang baik”.

Saya tidak berhasrat untuk mengulasnya kerana pastinya masing-masing boleh hadam dengan baik.

Pada saya mungkin pensyarah berkenaan burnout dengan tugasan dan dia perlu lontarkan kemarahan kepada orang lain untuk kurangkan bebanan dan tekanan. Pernah baca KISAH LORI SAMPAH – The Law of Garbage Truck?

Saya kongsikan di bawah dan saya tidak pasti penulis asal siapa tetapi banyak dikongsikan di media sosial untuk kisah-kisah motivasi.

“Ramai orang di dunia seperti “lori sampah”. Mereka membawa penuh muatan sampah di dalam hati mereka. Mereka membawa hati yang frust, hati yang penuh kemarahan, hati yang penuh rasa tidak puas.

Apabila, “sampah” tersebut mulai banyak, mereka memerlukan tempat untuk “membuangnya”.

Maka, usah mengambil sesuatu perkara tersebut secara peribadi. Hanya senyum, lambai sahaja dan berdoa semoga kehidupan pemandu tersebut di permudahkan dan kita move on dengan rutin harian kita seperti biasa. Usah mengambil “sampah” mereka dan sebarkan kepada orang lain yang kita jumpa di rumah, pejabat mahu pun di sekeliling kita”.

Kesimpulannya, orang yang berjaya, mereka tidak akan benarkan hidup mereka di pengaruhi oleh “sampah-sampah” begini.

Kehidupan sangat singkat untuk bangun pagi dan melempiaskan kemarahan kepada orang lain dan membawa hati yang sarat dengan “sampah”.

Selesai kisah lori sampah, berbalik pada perkongsian tadi. Pandangan saya, jika sesuatu jawatan itu memberi tekanan, bebanan dan membuat kita sentiasa tidak berpuashati. Jadi kita bukanlah orang yang sesuai dengan jawatan tersebut. Berhenti dan cari jawatan yang sesuai!

Ya, memang menukar kerjaya bukan suatu yang mudah tetapi untuk apa kita mencari rezeki tetapi kerap kali menyusahkan orang sekeliling. Kita tidak bahagia dan orang pun tidak bahagia.

Bahagia  adalah pilihan, bukan datang secara kebetulan.

Dalam satu-satu organisasi setiap orang ada tugas masing-masing. Bukan kita yang lebih, bukan mereka yang lebih. Ia saling memerlukan dan saling mempunyai kelebihan. Jika kita merasakan kita bekerja lebih dan orang lain bekerja kurang. Muhasabah diri kita dengan rezeki diberi Tuhan. Adakah memadai dengan apa yang kita sumbangkan?

Sekiranya kita memang bekerja lebih dari aspek kualitinya dan kuantitinya, tidak perlu mengungkit, kerana setiap apa kita kerjakan menjadi ukuran di sisi Tuhan. Tidak pernah ada yang sia-sia, insha Allah akan mendapat balasan yang kita tidak jangka.

Berbalik kepada mukadimah awal di atas:

  1. Dalam organisasi jangan rasa kita sahaja banyak kerja dan hebat kerana organisasi adalah satu circle yang saling memerlukan.
  2. Kawal emosi dan jangan selalu mengutip sampah di sepanjang menjalankan tugas.
  3. Tiada siapa yang sempurna kerana kita manusia, selalu berlapang dada dalam urusan kerja.

Coretan ringkas ini untuk diri saya juga, mengingati diri  melalui hari-hari dalam perhubungan di organisasi.

 

-Salam ingatan-

Aishah Ghani

2 Mac 2022-28 Rejab 1443H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
February 28th, 2019

Kepuasan dan Kegembiraan dalam Kerjaya

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog, Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP […]

February 28th, 2019

Teh Susu

Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog, “Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar […]

March 8th, 2022

Bina Impian Bukan Angan-angan

Sumber gambar: https://quotefancy.com/quote/1585153/ Ada tak di antara  pembaca, apabila ditukar ke organisasi baharu atau jabatan baharu atau lokasi baharu membina […]

March 2nd, 2022

Tiada siapa yang lebih!

Sumber gambar: American Chemical Society Assalamualaikum & salam sejahtera, Coretan ini saya tulis sebagai meluahkan rasa dan untuk sama-sama kita […]

February 21st, 2022

10 tip jimat wang

  “Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita” Assalamualaikum & […]

December 13th, 2021

Himpunan ucapan hari lahir 2020-2021

Koleksi ucapan hari lahir yang saya tulis untuk rakan-rakan sekerja. Jika berminat boleh guna dan mohon kredit ke link blog […]

December 13th, 2021

Ada apa dengan buku?

[Pelaburan yang paling baik adalah untuk ilmu]–>https://vt.tiktok.com/ZSefx89nK/ Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya […]

December 13th, 2021

MENULIS TEKS UCAPAN UNTUK PEMULA

    Assalamualaikum  & salam sejahtera, Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip dalam menulis teks ucapan.  Oh ya,  perkongsian […]

December 8th, 2021

Lempeng vs Pancake

Lempeng vs. Pancake Dah lama nak bercerita pasal lempeng dan pancake. Seminggu yang lalu anak soleh ada bertanya apa beza […]

December 3rd, 2021

Cara pantas membuat carta organisasi menggunakan powerpoint

Kali ini saya kongsikan cara membuat carta organisasi super cepat.  Tak rugi kalau cuba belajar dan explore. Selamat mencuba.   […]

December 3rd, 2021

Bagaimana Mengekalkan Momentum dalam Kerjaya

“Batu pun tidak akan dilekat lumut jika sering dihanyut air”. 2021, merupakan tahun ke-18 berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) […]

December 3rd, 2021

Mencari Cinta Ilahi

Mencari Cinta Ilahi