List

 

 

Assalamualaikum  & salam sejahtera,

Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip dalam menulis teks ucapan.  Oh ya,  perkongsian ini sesuai untuk yang baru berjinak untuk menulis teks ucapan perasmi. Bagi yang ingin  mahirkan diri, mestilah hadir kursus penulisan teks ucapan dan kerap menulis.

Penglibatan saya dalam menulis teks ucapan di peringkat jabatan bermula secara serius pada tahun 2009. Ini kerana selepas menghadiri kursus penulisan, ketua jabatan seolah-olah meletakkan tanggungjawab menulis teks menjadi tugas hakiki. Apabila ada majlis rasmi jabatan sama ada melibatkan peringkat jabatan atau universiti, maka saya akan sediakan untuk perasmi dan juga kata-kata aluan ketua jabatan. Jadi sepanjang  lebih 10 tahun, saya kongsikan beberapa tip untuk mereka yang akan menulis teks ucapan.

 

  1. Fahami tajuk yang diberikan atau majlis yang aka berlangsung. Dapatkan kertas kerja dari penganjur lihat objektif, sasaran dan output. Bukan sekadar lihat tetapi bacalah kertas kertas tersebut dari awal hingga akhir.
  2. Dapatkan bahan-bahan rujukan sekurang-kurangnya 5 bahan hingga ke 10 bahan. Baca dan ambil beberapa isi penting yang mungkin berguna untuk menulis. Bahan yang perlu dicari boleh berbentuk teks ucapan, artikel dan berita. Buku kurang disarankan khuatir tidak sempat mendapatkan intipati dalam buku tersebut. Tetapi jika buku dan topik tersebut telah difahami oleh penulis, maka menjadikan buku sebagai rujukan tiada masalah.
  3. Mula menulis, tanpa hiraukan ejaan dan kesinambungan.
  4. Selesai 5 mukasurat tanpa selang/spacing, baca dan edit serta masukkan mana-mana isi yang tertinggal.
  5. Fahami gaya pembacaan perasmi atau yang akan membacakan teks ucapan anda. Sesetengah perasmi suka dimasukkan hadis atau ayat quran. Ada pula yang suka masukkan puisi atau mutiara kata dari tokoh terbilang. Jadi selitkan di mana perenggan yang sesuai.

 

  1. Setelah berpuas hati barulah edit teks dalam saiz 14 dan double spacing dan masukkan nombor dalam setiap perenggan.
  2. Sebagai penulis teks, solutasi mestilah mahir dan elakkan melakukan kesilapan nama dan panggilan.
  3. Struktur ayat, noktah dan koma perlu disesuaikan dengan intonasi perasmi atau yang akan membacakan teks tersebut.
  4. Mana-mana data yang bersumber, nyatakan dengan jelas dipetik dari mana.
  5. Sekiranya menulis teks ucapan Naib Canselor, akan ada pegawai khas beliau yanag akan mengedit ayat agar sesuai dengan gaya penulisan dan pembacaan NC. Perasan atau tidak gaya percakapan dan penulisan orang kenamaan hampir sama kerana mereka mempunyai pegawai khas yang akan menambahkan dan memperbaiki sesuatu penulisan. Penulisan dan teks ucapan mestilah mempunyai jiwa penyampai agar audien terpesona dengan bait-bait yang disusun.

Selamat mencuba!

-Aishah Ghani-

Kongsi dari pengalaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
February 28th, 2019

Kepuasan dan Kegembiraan dalam Kerjaya

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog, Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP […]

February 28th, 2019

Teh Susu

Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog, “Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar […]

March 8th, 2022

Bina Impian Bukan Angan-angan

Sumber gambar: https://quotefancy.com/quote/1585153/ Ada tak di antara  pembaca, apabila ditukar ke organisasi baharu atau jabatan baharu atau lokasi baharu membina […]

March 2nd, 2022

Tiada siapa yang lebih!

Sumber gambar: American Chemical Society Assalamualaikum & salam sejahtera, Coretan ini saya tulis sebagai meluahkan rasa dan untuk sama-sama kita […]

February 21st, 2022

10 tip jimat wang

  “Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita” Assalamualaikum & […]

December 13th, 2021

Himpunan ucapan hari lahir 2020-2021

Koleksi ucapan hari lahir yang saya tulis untuk rakan-rakan sekerja. Jika berminat boleh guna dan mohon kredit ke link blog […]

December 13th, 2021

Ada apa dengan buku?

[Pelaburan yang paling baik adalah untuk ilmu]–>https://vt.tiktok.com/ZSefx89nK/ Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya […]

December 13th, 2021

MENULIS TEKS UCAPAN UNTUK PEMULA

    Assalamualaikum  & salam sejahtera, Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip dalam menulis teks ucapan.  Oh ya,  perkongsian […]

December 8th, 2021

Lempeng vs Pancake

Lempeng vs. Pancake Dah lama nak bercerita pasal lempeng dan pancake. Seminggu yang lalu anak soleh ada bertanya apa beza […]

December 3rd, 2021

Cara pantas membuat carta organisasi menggunakan powerpoint

Kali ini saya kongsikan cara membuat carta organisasi super cepat.  Tak rugi kalau cuba belajar dan explore. Selamat mencuba.   […]

December 3rd, 2021

Bagaimana Mengekalkan Momentum dalam Kerjaya

“Batu pun tidak akan dilekat lumut jika sering dihanyut air”. 2021, merupakan tahun ke-18 berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) […]

December 3rd, 2021

Mencari Cinta Ilahi

Mencari Cinta Ilahi