Antara buku yang saya gemar untuk baca dan beli adalah buku berkaitan pengurusan kewangan peribadi atau pengurusan kewangan keluarga.
Kali ini saya ingin kongsikan satu buku yang penulisannya secara santai yang mana ditulis di media sosial dan dimuatkan ke dalam buku ini. Penulis Adam Alwi merupakan penulis yang masih muda dan baru mencipta nama pada pandangan saya.
Gaya penulisan buku ini sangat santai dan kerana itu pada kulit buku dinyatakan catatan santai tip mengurus wang yang berkesan. Banyak topik yang diulas secara ringkas dan diberikan contoh mudah. Ia sesuai untuk yang baru berjinak-jinak untuk mengurus kewangan kerana bahasa yang digunakan mudah, santai dan contoh yang dekat dengan kehidupan seharian. Sebanyak 207 topik di dalam buku ini dan setiap tajuk dinyatakan secara ringkas dalam satu mukasurat atau separuh muka surat sahaja. Antara topik yang menarik minat saya adalah Orang Bujang; 10 rules of 10; pay as you earn; sumbangan kepada ibu bapa; kaya pilihan dan banyak lagi topik yang menarik yang mungkin pertama kali pembaca menemui istilah tersebut.
Kerana ia terlalu banyak topik dan pembaca boleh memilih topik yang mereka gemar atau yang sesuai dengan mereka. Untuk mendalami lebih kanjut mengenai topik itu, pembaca perlu merujuk pada bahan bacaan yang lain kerana penulis hanya menjelas situasi atau penerangan sahaja.
Saya ambil petikan topik Multi Level Marketing (MLM) muka surat 49
Warna merah jambu penulisan pada buku ini agak menyukarkan pembacaan kerana latar belakang tulisan adalah warna putih. Ini menyebabkan mata perlu lebih tumpuan untuk membacanya.
Pada saya rugi jika anda belum membacanya. Jadi pergilah ke perpustakaan untuk membuat peminjaman bahan dan jika tiada di perpustakaan, bersedialah untuk membelinya di kedai buku.
Leave a Reply