List

HOW TO RETIRE 10 YEARS EARLY/MARTIN BAMFORD

HG179.B36 2008 ( No Panggilan Buku di Perpustakaan UMP)

Terbitan: 2008

Ini antara buku yang saya pinjam lama dan pinjaman pada kali ini adalah kali ke dua. Kali pertama adalah beberapa tahun yang lalu semasa nekad ingin bersara pilihan. Dan pada tahun 2020 saya pinjam semula untuk menyemak jika ada yang dikongsikan penulis saya belum laksanakan atau tertinggal.  Bagi memastikan perancangan “on track”.

Bagi yang berhasrat ingin bersara pilihan atau bersara lebih awal dari tahun persaraan wajib, saya sangat rekomen untuk membaca buku ini. Walapun penulis bukan di Malaysia dan bukan penjawat awam di Malaysia tetapi cadangan dan penulisan beliau boleh dijadikan panduan dalam merancang persaraan dengan baik.

Jom, baca apa yang ada dalam buku berkulit merah karya Bamford ini. Buku ini mengandungi 11 bab dan bab terakhir adalah senarai semak. Apa yang saya suka kongsikan dengan para pembaca beberapa isi penting  dalam merancang persaraan lebih awal:-

  1. Susun hutang-hutang termasuk hutang baik dan hutang jahat. Sebagai penjawat awam kena tahu hutang yang perlu diselesaikan sebelum memohon persaraan pilihan.

[Ini yang saya lakukan:-Sekiranya  ingin bersara awal, elakkan membuat pinjaman peribadi atau pinjaman yang berkaitan dengan ANGKASA. Pinjaman perumahan juga elakkan menggunakan LPPSA sekiranya anda ingin bersara dalam tempoh kurang dari 10 tahun kecuali anda mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk lunaskan pinjaman perumahan tersebut].

 

  1. “Financial vehicle” untuk bersara supaya perjalanan lebih lancar. Contohnya seperti pelaburan.

[Ini yang saya lakukan: Membuat potongan bulanan ke unit amanah dan wang tersebut untuk kegunaan membayar hutang dan juga untuk kegunaan semasa pencen].

  1. “Staying on track”. Kenalpasti berapa banyak perbelanjaan semasa bersara kelak; monitor rapat-rapat dan laksanakan ‘annual financial review’.

[Ini yang saya lakukan:- Gunakan financial calculator di apps atau web  bagi mengenalpasti perbelanjaan yang tepat dimasa akan datang dengan mengambil kira inflasi. Sekiranya dari semasa ke semasa ada pertambahan, maka kena kemas kini  sekurang-kurangkan setahun sekali atau 2 tahun sekali. Semakin dekat tempoh persaraan, semakin kerap kena review. Dalam 3 tahun terakhir perancangan persaraan, saya review simpanan dan juga perbelanjaan setiap 4 bulan sekali].

  1. Apa yang ada dalam senarai semak adalah:
  • Buat keputusan untuk bersara awal
  • Jelas dengan tujuan persaraan akan memotivasikan kita dalam mencapai matlamat.
  • Apa makna bersara awal untuk anda?
  • Jangan terlepas pandang mitos-mitos persaraan.
  • Pertimbangkan jangkaan hayat/ umur akan memberi kesan kepada perancangan anda

Bacalah!..Jika bukan untuk anda, mungkin untuk saudara mara atau rakan-rakan sekerja.

 

#Bacauntukilmu

#ilmuuntukamal

-Aishah Ghani-

21 Julai 2020

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
February 28th, 2019

Kepuasan dan Kegembiraan dalam Kerjaya

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog, Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP […]

February 28th, 2019

Teh Susu

Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog, “Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar […]

March 8th, 2022

Bina Impian Bukan Angan-angan

Sumber gambar: https://quotefancy.com/quote/1585153/ Ada tak di antara  pembaca, apabila ditukar ke organisasi baharu atau jabatan baharu atau lokasi baharu membina […]

March 2nd, 2022

Tiada siapa yang lebih!

Sumber gambar: American Chemical Society Assalamualaikum & salam sejahtera, Coretan ini saya tulis sebagai meluahkan rasa dan untuk sama-sama kita […]

February 21st, 2022

10 tip jimat wang

  “Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita” Assalamualaikum & […]

December 13th, 2021

Himpunan ucapan hari lahir 2020-2021

Koleksi ucapan hari lahir yang saya tulis untuk rakan-rakan sekerja. Jika berminat boleh guna dan mohon kredit ke link blog […]

December 13th, 2021

Ada apa dengan buku?

[Pelaburan yang paling baik adalah untuk ilmu]–>https://vt.tiktok.com/ZSefx89nK/ Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya […]

December 13th, 2021

MENULIS TEKS UCAPAN UNTUK PEMULA

    Assalamualaikum  & salam sejahtera, Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip dalam menulis teks ucapan.  Oh ya,  perkongsian […]

December 8th, 2021

Lempeng vs Pancake

Lempeng vs. Pancake Dah lama nak bercerita pasal lempeng dan pancake. Seminggu yang lalu anak soleh ada bertanya apa beza […]

December 3rd, 2021

Cara pantas membuat carta organisasi menggunakan powerpoint

Kali ini saya kongsikan cara membuat carta organisasi super cepat.  Tak rugi kalau cuba belajar dan explore. Selamat mencuba.   […]

December 3rd, 2021

Bagaimana Mengekalkan Momentum dalam Kerjaya

“Batu pun tidak akan dilekat lumut jika sering dihanyut air”. 2021, merupakan tahun ke-18 berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) […]

December 3rd, 2021

Mencari Cinta Ilahi

Mencari Cinta Ilahi