Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog,
“Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar lebih. Trivago membandingkan, pilihan di tangan anda!.”
Lebih kurang begitulah iklannya. Kali ini saya ingin menulis tentang TEH SUSU.
Teh=Teh+ susu. Jika menikmatinya di Kemaman Kopitiam pada harga RM7.90 manakala di kedai makan biasa RM2.00. Manakala di restoran makanan segera sekitar RM4.50. Rasa yang sama pada harga yang berbeza. Pilihan di tangan anda untuk menikmati teh di tempat yang anda suka.
Saya pengemar teh. Jadi saya pilih teh untuk membicarakan mengenai pilihan dalam hidup kita. Kenapa? Saya lihat ramai juga di kalangan kita yang membuat pilihan dalam hidup berdasarkan wow dan bukan berdasarkan kemampuan. Ambil contoh teh yang anda minum, di mana?
(Aduii,,,,,, otak beku sudah..Berhenti dulu nanti sambung di lain kali. Jam 2.24 Jumaat 22/2/2019).
Kita memilih tempat yang berhawa dingin dan pemandangan yang ‘sedap’ adalah untuk perasaan. Bukan kerana untuk menikmati teh yang sedap. Cuba bandingkan dengan keputusan yang kita buat dalam hidup.
~Membeli kereta untuk memudahkan urusan ke tempat kerja. Cukup sekadar kereta sedan, mungkin preve, proton saga dan sebagainya. Tetapi kenapa pilih Honda JAZZ, Honda City dan sebagainya. Harga yang berbeza tetapi matlamat adalah untuk ke tempat kerja.
~Selain itu, kita memilih untuk membeli barang kemas sebagai perhiasan. Kita pilih emas 916, kenapa tidak pilih Zhulian (saduran emas 916), emas korea dan sebagai? Jika ianya sekadar untuk perhiasan. Kecuali untuk perhiasan dan pelaburan. Jika matlamat pelaburan, kenapa tidak memilih pelaburan simpanan tetap, unit amanah, saham dan sebagainya.
Apa yang saya lontarkan adalah untuk sama-sama fikir matlamat dan tujuan sebenar apabila kita membuat keputusan dan memilih. Matlamat yang sama tetapi memilih jalan atau cara yang lebih sukar dan mahal. Ada jalan yang lebih mudah dan lurus.
Buatlah pilihan berdasarkan kemampuan dan bukan kerana prestij dan kepuasan untuk orang lain semata-mata.
Akhir sekali TEH SUSU ini paling sedap dinikmati di mana jua apabila kita telah lama menginginkannnya.
Salam sayang buat semua.
#tehyangsamapadahargaberbeza
#Tulisdarihati
#Kongsidaripengalaman
`Aishah Ghani-
2:02. 28/02/2019
Leave a Reply