Assalamualaikum & Salam buat semua pembaca blog.
Sebab sibuk melihat KPI bahagian, KPI sendiri dan KPI staf. Jadi, kali ini saya kongsikan sedikit yang berkaitan KPI jabatan.
Akses, jangan tak akses!…
Selepas melalui 12 bulan bagi tahun 2018 dan melalui beberapa siri pembentangan statistik akses pangkalan data kepada pihak berkepentingan. Kali ini saya kongsikan dengan para pembaca pula.
Dengan harapan; dan menaruh harapan agar warga UMP lebih giat mengakses dan memuat turun artikel dari pangkalan data yang dilanggan.
Sedarkah , UMP melalui perpustakaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk melanggan beberapa pangkalan data. Ada sesetengah pangkalan data mencecah hampir RM400 ribu setahun langganan bagi 1 pangkalan data. Tetapi malangnya akses tidak mencapai 40,000 muat turun setahun.
Jika dibahagikan dengan bulanan dengan andaian 40,000, purata muatturun sebulan sekitar 3,333 sahaja.
Gagal? Terasa gagal dengan wang yang dibelanjakan.
Antara pangkalan data yang dilanggan UMP yang jauh ditinggalkan oleh MTUN yang lain adalah IEEE.
Harga per muat turun UMP mencecah RM12.20 (tahun 2017), manakala terdapat MTUN yang lain harga per muat turun RM3.00- RM7.00 sahaja. Beza? Perbezaaan harga per muat turun sekitar RM5.00 atau 42%. Tinggikan?
Apa maksud harga per muat turun? Ia merujuk pada harga langgananan dibahagikan dengan jumlah download. Semakin rendah harga per muat turun bermaksud semakin ramai yang akses dan memuat turun.
Jadi?
Harga per muat turun (artikel) yang tinggi menggambarkan kurangnya penggunaan terhadap pangkalan data tersebut.
Apa peranan perpustakaan?
- Mempromosikan penggunaan pangkalan data kepada warga UMP melalui memo, announcement.
- Memaklumkan jumlah akses semasa melalui kelas-kelas pendidikan pengguna agar mereka sedar kepentingan mengakses pangkalan data yang dilanggan.
- Membentangkan laporan dan stastistik akses kepada Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengembangan Ilmu (JPPI).
- Menghantar emel/memo kepada Dekan dan Timbalan Dekan jumlah akses semasa, sasaran dan harga per muat turun pangkalan data yang dilanggan. Dengan harapan jabatan akan lebih menggalakkan warga fakulti akses terhadap pangkalan data berkenaan.
- Sekiranya kita gagal mencapai akses yang munasabah, jawatankuasa akan mensarankan pangkalan data berkenaan tidak dilanggan lagi.
Apa peranan pensyarah & pelajar?
- Tingkatkan penggunaan pangkalan data.
- Jadikan jurnal di dalam pangkalan data yang dilanggan sebagai rujukan utama atau senarai rujukan.
- Hargailah apa yang diberikan oleh Universiti untuk menyokong dan mendokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Akhir kata, akses jangan tak akses!.. Guna sebelum terlambat. Dalam bajet berhemah ini, Universiti menekankan pada “value for money”. Istilah berkorban untuk kepentingan penyelidikan dan pengajaran tidak boleh digunakan setiap masa kerana pengorbanan perlu pembuktian. Bukti digunakan. Bukti diperlukan.
Bagaimana mungkin pensyarah dan pelajar merasakan ia berguna tetapi tidak dapat dibuktikan dengan jumlah penggunaan. Kadangkala sukar untuk pihak perpustakaan memberi justifikasi yang kukuh kenapa sesuatu pangkalan data masih perlu dilanggan sekiranya jumlah penggunaan amat rendah.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi gambaran keseluruhan berkaitan pangkalan data. Akses ya!…
#kongsiuntukkpi
#kongsiuntukUMP
-Aishah Ghani-
Jumaat 13:57
Leave a Reply