List

Assalamualaikum dan salam buat pembaca,

Jauh perjalanan luas pandangan.

Itulah apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini.

MEDINI HOMESTAY~Condominium untuk semua!!…

Kalau ikutkan saya tak berapa pandai menyusun ayat untuk review lokasi @ review untuk pelancongan.

Tetapi kenalah mencuba kerana orang berbudi kita berbahasa.

Medini Homestay telah menaja percutian kami sekeluarga ke Johor Baharu. Dengan kata lain percutian ke Legoland termasuk tiket ke Legoland bertiga, penginapan dan pengangkutan dari Kuantan ke Bandar Iskandar Puteri.

Bawa badan dan duit poket untuk shopping sahaja.

Ok..Jom…Layan …

 

Bilik tidur utama

Meja makan

Gimnasium ditengah kolam

Kolam renang dewasa 1.2M

Sekitar Puteri Harbour

Bilik ke3 katil single

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lokasi Medini Homestay 

Medini Homestay terletak di di 3 apartment di 2 bangunan yang berbeza. Bagi Medini Homestay di Medini Signature (MS) tingkat 20. Manakala One Medini terletak di aras 15 di bangunan bersebelahan.

√- 5 min berkereta dari MS ke Legoland. Kalau jalan kaki jauh tu…pusing pusing belok dalam 15 minit.

√-Kalau guna GPS terus ke MS. Senang.

Penginapan 

√- Boleh pilih ikut bajet dan juga bilangan ahli keluarga yang bersama.

√- Medini W1- 3 bilik 5 bilik air- Ruang tamu yang luas.

Medini W1 & W2 adalah bersebelahan. Jadi kalau keluarga ramai boleh booking 2 unit MS.

√- Medini W2- 2 bilik

√ One Medini -2 bilik

Pendek kata semua lengkap, tuala, iron, cerek letrik, microwave, mesin basuh dll. MS tidak benarkan memasak  tetapi sekadar masak maggie dan air dengan peralatan yang disediakan tiada masalah.

Lain-lain boleh tengok gambar ya.

Kemudahan di Medini Homestay

Bab ni saya memang suka sangat sebab MS masih banyak lot kosong jadi kemudahan pun tak ramai yang guna.

√Kolam renang dewasa luas dengan kedalaman 1.2 meter. Sesuai untuk saya yang tak tinggi ni.

√ Kolam kanak-kanak dengan playgroup.

√ Gim ditengah-tengah kolam

√ Sauna pun ada, tapi tak sempat masuk sbb berendam dalam kolam dengan anak je.

√ Tempat BBQ boleh membakar dengan selesa di tepi kolam. Raikan masa bersama keluarga.

√ Sambil berBBQ anak-anak boleh bermain di taman permainan yang disediakan.

Kalau bab parking memang banyak lagi kosong. Parking sahaja tempat yang sesuai dan berdekatan lif.

 

Apa yang menarik di sekitar Medini Signature

Sebenarnya MS ni kawasan yang sesuai untuk mencari kedamaian dan rehat. Kemudahan  jogging track, berbasikal dan kapal layar disediakan di kawan berhampiran.

Tempat makan boleh ke Puteri Harbour (dalam 7 minit) atau di mall sebelum masuk ke LEGOLAND. Pilihan makanan tak banyak tetapi boleh untuk mengenyangkan perut mengisi aktiviti sepanjang percutian.

Dekat Puteri Harbour ada basikal yang boleh disewa. Boleh berbasikal menikmati udara di sekitar.

Kebersihannya terjaga dek penduduk yang tidak padat.

Legoland. Biasa yang menginap di sini adalah mereka yang berhasrat untuk ke Legoland. Dekat sangat.

Selain itu saya juga ke Johor Premium Outlet (JPO)  dalam 23 km dan seterusnya dari JPO ke IKEA. Kalau ikutkan hati saya ingin melawat muzium sebab saya memang suka melawat tempat bersejarah.

Nak booking camner?

Direct wasap ke 016-210 9435 (Redzuan) ada promosi sekarang ni…10%-20%

MS W1: RM380/night:  3 bilik 5 bilik air  (katil Queen+Queen+2 single)

MS W2: RM250/night : 2 bilik 1 bilik air

One Medini: RM150/night

Ok. Jangan lupa tempahlah sekarang untuk percutian anda di masa akan datang.

#bercutitenangkanhati

#bercutibersamakeluarga

-Aishah Ghani-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
February 28th, 2019

Kepuasan dan Kegembiraan dalam Kerjaya

Assalamualaikum & salam buat pembaca blog, Kesempatan bersama rakan pada 19 Feb 2019 semasa Bengkel Semakan Garis Panduan EKSA UMP […]

February 28th, 2019

Teh Susu

Assalamualaikum & salam ingatan buat para pembaca blog, “Hotel yang sama, bilik yang sama pada harga yang berbeza. Kenapa bayar […]

March 8th, 2022

Bina Impian Bukan Angan-angan

Sumber gambar: https://quotefancy.com/quote/1585153/ Ada tak di antara  pembaca, apabila ditukar ke organisasi baharu atau jabatan baharu atau lokasi baharu membina […]

March 2nd, 2022

Tiada siapa yang lebih!

Sumber gambar: American Chemical Society Assalamualaikum & salam sejahtera, Coretan ini saya tulis sebagai meluahkan rasa dan untuk sama-sama kita […]

February 21st, 2022

10 tip jimat wang

  “Kekayaan itu bukan kerana banyak wang, besar gaji dan pangkat tetapi keberkatan yang Allah limpahkan kepada kita” Assalamualaikum & […]

December 13th, 2021

Himpunan ucapan hari lahir 2020-2021

Koleksi ucapan hari lahir yang saya tulis untuk rakan-rakan sekerja. Jika berminat boleh guna dan mohon kredit ke link blog […]

December 13th, 2021

Ada apa dengan buku?

[Pelaburan yang paling baik adalah untuk ilmu]–>https://vt.tiktok.com/ZSefx89nK/ Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya […]

December 13th, 2021

MENULIS TEKS UCAPAN UNTUK PEMULA

    Assalamualaikum  & salam sejahtera, Kali ini saya akan kongsikan beberapa tip dalam menulis teks ucapan.  Oh ya,  perkongsian […]

December 8th, 2021

Lempeng vs Pancake

Lempeng vs. Pancake Dah lama nak bercerita pasal lempeng dan pancake. Seminggu yang lalu anak soleh ada bertanya apa beza […]

December 3rd, 2021

Cara pantas membuat carta organisasi menggunakan powerpoint

Kali ini saya kongsikan cara membuat carta organisasi super cepat.  Tak rugi kalau cuba belajar dan explore. Selamat mencuba.   […]

December 3rd, 2021

Bagaimana Mengekalkan Momentum dalam Kerjaya

“Batu pun tidak akan dilekat lumut jika sering dihanyut air”. 2021, merupakan tahun ke-18 berkhidmat di Universiti Malaysia Pahang (UMP) […]

December 3rd, 2021

Mencari Cinta Ilahi

Mencari Cinta Ilahi