
Terserlah kegembiraan & kepuasan menceduk ilmu berblog
Buat pertama kali admin blog mengadakan bengkel blog untuk blogger. Dengan kata lain majoriti peserta adalah di kalangan pensyarah.
Sesi 1 diadakan di Makmal Komputer Perpustakaan Pekan bermula jam 9:00am pada 15 Ogos 2018. Selepas menikmati sarapan nasi goreng, keropok rangup dan teh o, peserta bersemangat memulakan sesi untuk memasuki http://blog.ump.edu.my.
Seramai 28 peserta berdaftar dibimbing oleh Encik Faizul Azley untuk membina blog menggunakan platform yang telah disediakan.
Ada peserta yang pertama kali masuk blog mereka walaupun ia telah diwujudkan sejak setahun yang lalu.
Sepanjang 3 jam berbengkel, para peserta di ajar untuk set up pages, crop gambar, menggunakan edit CCS dan macam-macam lagi. Blog mereka berwajah baharu!…Barulah semangat para pensyarah ingin mengupdate blog.
Terima kasih kepada pengajar dan juga para peserta yang begitu tekun di sepanjang bengkel.
16 Ogos akan diadakan bengkel yang sama dan modul sama serta pengajar yang sama di Makmal Komputer Perpustakaan Gambang.
Jom layan beberapa gambar kenangan para peserta.
Leave a Reply