List

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..

Sebelum ni dengar khabar-khabar angin ja. Hari ni buka E-Comm ada pemakluman melalui edaran. Perkeliling berkenaan Kemudahan Cuti Umrah. Khas buat warga Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Satu berita baik. Dah tak boleh nak bagi alasan itu dan ini selepas ini. Bagaimana pelaksanaannya? Boleh baca screenshot yang saya lampirkan. Untuk lebih maklumat, boleh buka Official email di dalam E-comm tuan-tuan dan puan-puan.

 

Kemudahan cuti umrah ni akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

Walaupun kemudahan cuti umrah ini bersifat one-off, atau sekali sepanjang tempoh perkhidmatan, tapi pada saya sangat membantu.

Yes. Sekurang-kurangnya kita boleh pergi menunaikan umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan tanpa perlu berkisah tentang cuti yang tak cukup dan sebagainya. Kemudahan dah diberikan. Buat simpanan dan pergilah menunaikan umrah. Make your time for this. Kerja memang tak akan habis. Tapi, sekiranya cukup sudah simpanan, pergilah. Walaupun mungkin ianya menjadi peluang yang pertama dan terakhir. Simpan niat. Berdoa minta Allah permudahkan. InsyaALLAH, akan dipermudahkan segala urusan baik dari segi pengurusan, kerja mahupun mencukupkan kewangan. Allah itu Maha Mengetahui.

InsyaALLAH, saya sendiri masih rindu  untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah dan Madinah. Doakan saya dicukupkan rezeki untuk ke sana lagi. The moment when you see the kaabah with your own eyes is priceless. Allah hadirkan rezeki dan peluang itu tanpa disangka-sangka. Because HE knows when is the best. Percayalah, sekali kita dah jejak bumi Makkah dan Madinah ni, akan lahir rasa rindu yang berterusan. Teringat-ingat rasa damai yang menyapa di hati saat berada di baitullah. Allahuakhbar. Saya doakan sahabat-sahabat yang lain juga diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah baik untuk menunaikan umrah mahupun menunaikan Haji.

Hari ini (8 Dzulhijjah) umat Islam sudah pun berkumpul di Padang Arafah untuk melakukan wukuf. Disunatkan berpuasa terutamanya pada esok hari (9 Dzulhijjah). Ayuh kita rebut keberkatan Dzulhijjah. Berdoa dan teruskan berdoa. Lepas zohor (waktu arafah) bersamaan dengan pukul 5:21pm (waktu malaysia) adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Mintalah pada ALLAH kerana Allah suka pada hamba-NYA yang meminta dan berdoa kepada-NYA. InsyaALLAH.. Ikhlaskan hati dan berdoalah.

Dan di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Buat mereka yang sedang menunaikan haji, semoga beroleh haji yang mabrur. Saya doakan seluruh jemaah diberikan kemudahan dan keselamatan sepanjang berada di bumi Mekah. Allahu.. Kalian telah menjadi tetamu Allah yang sangat mulia.

Sekian,

Dr. Sara Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *