List

23 Ramadhan 1439H

Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Jumaat minggu depan dah raya. Fakulti dan kampus mulai lengang. Pada masa yang sama, mahasiswa kita sedang bergelut menghadapi peperiksaan akhir. Semoga urusan kalian dipermudahkan dan diberikan ilham untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Rebut keberkatan Ramadhan yang semakin sampai ke penghujungnya ini.

Warga FSKKP bergambar raya di hadapan bangunan Fakulti sebelum masing-masing mula mengambil cuti raya. Cuti sekolah dah bermula. Ada yang dah mula mengambil cuti raya. Berhati-hati di jalan raya. Biar lambat, asalkan selamat. Ingatlah, ada insan kesayangan yang sedang menanti ketibaan anda di kampung halaman.

Eid Mubarak – Eid is a day which is blessed by ALLAH to all Muslims on which He demands the asking for an apology for our mistakes.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dengan ingatan tulus ikhlas… Salam Eid Mubarak!

May the blessing of Allah fill your life with pleasure and open all the doors of success now and always.

Love,

Dr. Sara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *