Integrasi JotForm dengan API Premis (MySQL/ORACLE) di AWS
Assalamualaikum
Saya berkongsi kaedah untuk integrasi jotform dengan database agensi atau on premis. Iaitu pengguna akan bangunkan form/borang menggunakan platform jotform dan publish. apabila pengguna memasukkan data di form tersebut data akan disimpan di dalam pangkalan data UMP. Dalam contoh ini saya menggunakan MySQL yang dipasangan di Aws Cloud sebagai contoh. Ia adalah sama jika dilaksanakan menggunakan database oracle UMP.
Langkah 1 : Daftar pengguna
Jika pengguna baru sila daftar di https://www.jotform.com/ menggunakan akaun google atau emel seperti biasa
Langkah 2 : Bangunkan Form Ringkas
Dalam tutorial ini saya tunjukkan dua medan sahaja iaitu nama dan emel.
Langkah 3 : Melihat Borang dengan Publish
Sila klik pada menu top ‘Publish‘ dan anda boleh cuba memasukkan data untuk pastikan borang tadi berfungsi. Dalam kes ini, data disimpan di dalam pangkalan data cloud jotform secara default.
Langkah 4 : Menyemak struktur data jotform selepas submit
Terus ke menu ‘setting’ dan terus ke menu kiri klik pada ‘thank you page’.
masukkan link ini ‘https://www.jotform.com/show-post-data/’
Selepas submit borang, page akan terus ke link ini dan dipaparkan struktur data
Langkah 5 : Bina database dan table
Ok, kita mula dengan cipta database dan table ringkas spt di bawah
Langkah 6 : Bangunkan Skrip PHP untuk lakukan tugas simpan data di dalam table
Contoh files php : submit.php
Langkah 7 : Letakkan files submit.php di dalam web server
Anda boleh letakan skrip php ini di localhost atau di cloud. Contoh yang saya tunjukkan ini adalah skrip saya diletakkan di cloud aws.
dan link akan jadi mcm nie:
http://bukusicomel.name.my/sicomelapi/submit.php
Langkah 8 : Setting di jotform untuk panggil skrip ini
Seterusnya settingkan skrip ini di menu ‘thank you page’ sebelah kiri apabila kita klik menu atas setting untuk memanggil skrips ini
Ok done.
Seterusnya anda boleh cuba untuk memasukkan data dengan sambil menyemak data berjaya masuk ke table dalam database atau tidak
Langkah 10 : Semakan di table database
Ok nampaknya, data telah berjaya disimpan di dalam table pangkalan data mysql
Langkah 10 : Paparkan
Ok seterusnya bangunkkan skrips php untuk paparkan data terus di web page untuk memudahkan melihat data yang dimasukkan tadi
ini skrip yang saya namakan view.php
dan paparan adalah seperti ini
http://bukusicomel.name.my/sicomelapi/view.php
Ok boleh cuba borang di bawah :
dan cuba masukkan data di borang dan buka link
http://bukusicomel.name.my/sicomelapi/view.php
Selamat Mencuba
Recent Comments