Extrak Transaksi Data Ethereum, NFT & Crypto – Flipside Crypto
Assalamualaikum wbt,
Saya berkongsi kaedah untuk mengekstrakkan data di dalam Blockchain Ethereum secara percuma dengan mudah. Tentu kita tertanya-tanya format data yang disimpan di dalam blockchain dan bagaimana kita ingin melihatnya secara terperinci. Ada beberapa cara iaitu menggunakan kaedah skrip crawling mengunakan python atas lib web3.py dan DApp yang terdapat di pasaran secara komersial berbayar atau percuma. Pada hemat saya adalah tidak berbaloi jika kita ingin crawling data secara terus daripada rangkaian blockchain yang berkapasiti 345GB semata-mata ingin transaksi data tertentu sahaja. Jadi, saya perlukan satu DApp yang bersifat web based dan berkebolehan melaksanaan query seperti mana kita melakukannya di database konvensional. Ada beberapa pilihan DApp iaitu :-
1. Etherscan.io
2. Thegraph.com
3. Dune Analytics
4. Bitquery.io
5. Flipside Crypto
Jika dilihat 5 DApp di atas (1,3 dan 4 ) adalah memerlukan langganan atau subscribe untuk menggunakan api atau export data ke csv. Manakala item 2 dan 5 ada percuma termasuk API dan export ke csv. Jadi, di dalam tutorial ini saya ingin menunjukkan cara menggunakan Flipside Crypto sebagai asas untuk menunjukkan carian data blockchain dengan mudah.
Langkah 1 : Membuka akaun
Anda terus ke membuka DApp ini di alamat berikut :-
https://app.flipsidecrypto.com/
jika adan telah mempunyai akaun, sila login:
Jika pengguna baru, perlu mendaftar terlebih dahulu:-
Langkah 2 : Login
Setelah berjaya membuka akaun baharu, anda terus login. Paparan seperti ini :
Paparan history senarai query yang dilaksanakan tadi akan dipamerkan sebagai senarai.Anda boleh klik pada senarai ini untuk melihat semula query dan hasil carian.
Untuk carian baharu, anda tekan butang ‘+New ‘ di bahagian atas belah kanan.Paparan kekotak untuk kita masukkan query dan juga sebelah kiri adalah senarai schema Blockchain.
Senarai Skema (kiri menu)
Kekotak Query dengan butang ‘Run’
Langkah 3 : Melaksanakan Query Ringkas
Untuk melihat output, cuba laksanakan query ini dengan copy & paste di ruang kekotak query di atas dan tekan butang Run.
select contract_name, contract_address,block_timestamp
FROM
ethereum.events_emitted
LIMIT 10
Hasilnya adalah seperti ini.
dough v2 token
|
0xad32a8e6220741182940c5abf610bde99e737b2d
|
2020-11-13 09:10:26.000
|
dough v2 token
|
0xad32a8e6220741182940c5abf610bde99e737b2d
|
2020-11-13 09:10:26.000
|
rfuel token
|
0xaf9f549774ecedbd0966c52f250acc548d3f36e5
|
2020-11-13 09:10:26.000
|
USDC-WETH UNI-V2 LP
|
0xb4e16d0168e52d35cacd2c6185b44281ec28c9dc
|
2020-11-13 09:10:26.000
|
USDC-WETH UNI-V2 LP
|
0xb4e16d0168e52d35cacd2c6185b44281ec28c9dc
|
2020-11-13 09:10:26.000
|
Senarai kontrak akan dipaparkan. Untuk export data ini ke format csv, anda boleh klik pada menu di sebelah kanan untuk export.
ok, kita cuba lagi satu query yang lebih spesifik.Contoh kita ingin query transaksi jualan NFT , CryptoPunks. Jadi saya berminat untuk melihat transaksi belian, saya saring menggunakan keyword ‘PunkBought‘.
select *
from ethereum.events_emitted
WHERE contract_address = lower(‘0xb47e3cd837dDF8e4c57F05d70Ab865de6e193BBB’)
AND event_name = ‘PunkBought’
AND TX_SUCCEEDED = ‘TRUE’
LIMIT 100
copy & paste di kekotak query seperti di atas.
Transaksi NFT CryptoPunks untuk pembelian akan dipaparkan.
11294264
|
2020-11-20 09:57:01.000
|
0xe5ab0d4337833710d7e5ff3ecb89152c23c50797b7b2b4a95c726d951333114a
|
223
|
{“value”:”4200000000000000000″,”punkIndex”:2476,”toAddress”:”0x56be13360f1077e449f5c5cfa38c277dda411f6a”,”fromAddress”:
“0x629cd43eaf443e66a9a69ed246728e1001289eac”}
|
PunkBought
|
FALSE
|
0x56be13360f1077e449f5c5cfa38c277dda411f6a
|
|
Langkah 4 : Akses API
Satu cara lain untuk mengakses data Ethereum adalah melalui API.Anda boleh klik pada butang ‘API’ untuk menjana api di dalam format json.
Anda boleh menggunakan alamat api yang dijana ini untuk dipanggil dari web app atau mobile app untuk manipulasi data.
https://api.flipsidecrypto.com/api/v2/queries/a3accb53-a689-42ab-8c5f-600d8f26a949/data/latest
Langkah 5 : Menyemak Transaksi di Public Ledger
Kita boleh mengguna https://etherscan.io/ atau https://blockscan.com untuk melihat transaksi ini. Contoh saya tunjukkan menggunakan etherscan.
Salin alamat contract : Contoh :
0xb47e3cd837dDF8e4c57F05d70Ab865de6e193BBB
dan pastekan di carian laman web https://etherscan.io seperti ini dan tekan icon search.
Maklumat kontrak terperinci cryptopunk akan di paparkan.
Anda juga boleh mendapatkan data ini di penyedia perkhidmatann data terbuka dan github seperti:
https://github.com/Omni-Analytics-Group/eth-data-science-course
Sekian perkongsian.
Terima kasih.
Recent Comments