Melaraskan Saiz Storage Instance (AWS EBS Volume) & Laksanakan Backup/Snapshot
Asssalamualaikum wbt
Maaf lama tidak mengemaskini dan membuat perkongsian di blog. Kali ini saya akan berkongsi pengalaman bagaimana kita mengurus server di atas cloud yang kita panggil instance dan apa yang perlu dilakukan jika berlakunya kejadian storage /disk penuh pada virtual machine (VM). Kesannya aplikasi atau operasi di server tersebut terganggu. Baru2 ini, berlaku kejadian sistem valid8 yang sebelum ini diuruskan oleh pihak IBM Coe bersama rakan mereka untuk aplikasi validasi skrol menggunakan rangkaian Blockchain yang tidak dapat diakses . Aplikasi ini telah digunakan oleh pihak UMP selama 3 tahun lebih dan terdapat gangguan capaian. Setelah semakan dibuat didapati disk telah penuh sehinggakan ledger /block baru yg dicipta dari rakaian blockchain tidak dapat di write di atas disk.Tanda2 ini juga boleh dilihat pada console admin AWS melalui graf yg diplot pada setiap transaksi yang berlaku diserver cloud menjadi mendaftar. Cross check juga dibuat pada backend server dengan melaksanakan command cli
.
du -h menunjukkan 100% penggunaan.
.
jadi apa yg perlu kita buat adalah kita perlu besarkan storage dn fie system (fs) di level os. Berikut merupakan langkah2.
a) Buat Backup /Snapshot
Langkah backup atau snapshot ini adalah paling penting agar jika belaku os crash atau miss config di level OS, persekitaran ini boleh di restore semula melalui snapshot yang dibuat tadi. Semua snapshot disimpan di dalam storage khusus di AWS yang dipanggul AWS S3.
1. Sila ke senarai instance / VM
atau menu kiri di bwh Instances
2. Pilih mana instance yang ingin kita buat snapshot.
Apabila kita pilih instance akan papar tab2 maklumat seperti di bwh dan terus klik pada storage. Di bwh sekali adalah info EBS Volumes yang di attached ke VM untuk storage. Seterusnya klik ke ‘Volume ID’ – vol-0584f64bf8c02a1a8 untuk paparan terperinci storage/volume.
Paparan EBS Volume
3. Create Snapshot/Backup
Klik kanan pada volum dan ambil ‘create snapshot’ dan dipaparkan spt di bwh.
Seterusnya masukkan desc dan tekan butang ‘create snapshot‘. Senarai snapshot seperti di bwh.
** status snapshot akan bertukar dari ‘pending’ ke ‘completed’ dan ambil sedikit masa bergantung pada kapasiti storage.
ok selesai proses backup secara snapshot. Seterusnya, langkah untuk laraskan saiz storan.
b) Pilih EBS Volume
1. Pilih mana instance yang ingin kita buat resize.
Apabila kita pilih instance akan papar tab2 maklumat seperti di bwh dan terus klik pada storage. Di bwh sekali adalah info EBS Volumes yang di attached ke VM untuk storage. Seterusnya klik ke ‘Volume ID’ – vol-0584f64bf8c02a1a8 untuk paparan terperinci storage/volume.
Paparan EBS Volume
2. Laraskan/resize storage
ok apabila senarai volum yg di attached pada VM dipaparkan seperti di atas, klik kanan pada volumn ini dn paparan akan seperti di bwh :
laraskan atau masukkan nilai kapasiti storage yang ingin kita tambah dan tekan modify
contoh saya tambah 10gb dari 100gb asal.
.
Setelah proses resize selesai, paparan terus ke senarai volumn dn kita boleh lihat size terbaru akan dipaparkan di column size.
Kita bole lihat perubahan size dri 100gb kepada 110gb
.
kita boleh cross check di backend server dgn connect dari client ke remote server di aws mengguna private key aws di atas putty client.
** tutorial cara connect dari putty client ke aws atau cloud server ada saya sertakan pada tutorial yg lepas di dalam blog ini.
**perhatikan di atas storage kita dh laraskan pada ke 110gb cuma files system masih lagi 100gb. jadi, kita perlu resizekan files system partition. Untuk ini guna command ini (dalam kes ini saya menggunakan Ubuntu OS)
sudo growpart /dev/xvda 1
jika ada error yg menunjukkan spt ini
ubuntu@ip-172-31-24-189:/$ sudo growpart /dev/xvda 1
mkdir: cannot create directory ‘/tmp/growpart.16206’: No space left on device
*maksudnya tmp telah penuh.Anda perlu clearkan tmp space utk bagi sedikit storan yg free.Guna command ini.
sudo mount -o size=10M,rw,nodev,nosuid -t tmpfs tmpfs /tmp
dan laksanakan semula command sudo growpart /dev/xvda 1
ok.selesai . Anda boleh semak menggunakan command lsblk
ok done .jika dilihat di atas di dapati saiz telah sama dn distributed.
3. Resize File System (fs)
Seterusnya anda perlu resizekan files system menggunakan command
sudo resize2fs /dev/xvda1
Sebelum
*100% penggunaan
Selepas
menjadi 22% penggunaan (setelah resize)
Ok done
Alhamdullillah. selesai proses resize storage di cloud aws.
.
sila mencuba
TQ
Recent Comments