Create VM Using AWS EC2
Cloud AWS memberi 100 kredit percuma atau akses selama 12 bulan termasuk EC2 dan S3.
Berikut merupakan langkah2 untuk mencipta Virtual Instance (Virtual Machine) menggunakan cloud AWS
1) Create akaun AWS
buka akses di https://aws.amazon.com/
pergi ke menu MyAccount > Aws Management Console
Jika anda tidak mempunyai akaun lagi sila daftar satu akaun baru di “Create a New AWS Account”
2) Login atau Sign In
Setelah proses login berjaya, anda akan dipaparkan “AWS Management Console”
3. Pilih EC2
Pilih servis EC2 di bahagian “find services” dan klik. Seterusnya aws akan semak sama ada maklumat akaun lengkap atau tak. Jika tidak lengkap paparan untuk memasukkan maklumat bil akan dipaparkan. Klik pada “Complete your AWS Registration”
Sila masukkan maklumat kad kredit. Untuk makluman,anda tidak perlu risau dicaj sepanjang tempoh free kredit ini kerana aws akan keluar notifikasi dan mendapatkan persetujuan pengguna sama ada untuk langgan atau tak secara berbayar
4. EC2 Console
Jika akaun & maklumat akaun telah lengkap,pilih servis EC2 dan konsol EC2 dipaparkan.
Klik pada menu resources – running instances
5. Running Instance
Klik “Launch Instance“. Paparan senarai “images OS” akan di paparkan
6. Pilih “Images OS”.
Dalam tutorial ini saya piliha imej OS “Ubuntu 18.04 LTS” iaitu tekan butang ‘select ‘ – 64bit (x86).Paparan semua spesifikasi instance yang ada akan dipaparkan. Dalam tutorial ini saya pilih t3.medium – 2vcpu dan memo 4gb
Tekan ‘Next: Configure Instance Detail‘
Tekan ‘Next: Add Storage‘
Tekan ‘Review and Launch’
& Tekan ‘Launch‘.
Pilih ‘create new key pair’. masukkan ‘key pair name‘ dan tekan ‘download key pair’.
Private key ini penting utk ssh connection dari putty atau mana2 client.
Tekan ‘Launch Instance‘.
Tekan ‘View Instance’
Paparan instance akan di paparkan
Tekan ‘connect‘. Info kaedah client untuk connect secara ssh ke instance
7. Connect ssh instance menggunakan putty
ikut langkah2 dlm aws guide : https://docs.aws.amazon.com/AWSEC2/latest/UserGuide/putty.html
login : ubuntu
yessss….berjaya login .
SEKIAN.GOOD LUCK
Recent Comments