Petikan berita dari BH Online.
Hujan lebat dijangka sepanjang Monsun Timur Laut
KUANTAN: Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan terdapat antara empat hingga enam episod hujan lebat berlaku sepanjang Monsun Timur Laut bermula awal bulan November hingga Mac tahun depan.
Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, episod hujan itu bagaimana pun tidak akan mengakibatkan banjir besar di Pantai Timur Semenanjung berdasarkan data yang mereka ada ketika ini.
Episod hujan itu merujuk kepada amaran tahap kuning, merah dan jingga yang biasanya dikeluarkan pihak Jabatan Meteorologi setiap kali musim tengkujuh melanda Pantai Timur Semenanjung.
Amaran tahap kuning adalah sebagai peringatan bahawa berlaku keadaan hujan sederhana lebat dan berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan rendah; tahap merah pula merujuk kepada hujan lebat dan berterusan untuk satu tempoh tertentu; manakala bagi tahap jingga pula merujuk kepada hujan yang sangat lebat bersama tiupan angin kencang yang boleh mengakibatkan banjir besar.
~~ Pesanan dari #ummiKhalish, sentiasa berwaspada pada waktu ini, kemungkinan banjir besar akan melanda. Buat persediaan rapi, elakkan aktiviti luar dan awasi anak-anak anda. Sentiasa berhati-hati ketika memandu semasa hujan.