Assalamualaikum pembaca semua..
Minggu lepas #ummiKhalish diperkenalkan oleh seseorang dengan “Mr Blockchain” a.k.a Mr B. Dah lama sebenarnya nama Mr B berlegar-legar di alam maya. Tak kurang juga semakin banyak institusi pengajian tinggi yang mula menerima dan mengiktiraf Mr B ini, sehingga diadakan seminar-seminar, serta simposium-simposium untuk memperkenalkan Mr B kepada masyarakat umum.
Jadi, siapa sebenarnya Mr B ini?
Begini, Mr B ini sebenarnya adalah satu teknologi yang dikatakan dikeluarkan di atas kertas putih (whitepaper) oleh seseorang individu atau satu kumpulan individu (masih tidak diketahui identiti) yang menggunakan nama Satoshi Nakamoto dengan idea untuk berkongsi dan menyebarkan maklumat tanpa boleh ditiru atau diubah, pada masa yang sama dijamin privasinya. Jadi, boleh disimpulkan bahawa teknologi ini merangka sebuah legasi sistem yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
- Boleh dikawal dan diselia oleh semua orang di dalam jaringan tersebut
- Tidak akan gagal walaupun sekali (melainkan internet musnah, sangat mustahil)
- Telus dan berintegriti
- Tidak akan dan tidak boleh korup
Daripada ciri-ciri di atas, Mr B juga boleh dikenali sebagai “decentralized system” dan “open ledger system”.
Bagaimana pula cara Mr B bekerja?

Mr B berfungsi sebagai pengkalan data (database) terbuka yang mana semua dan setiap maklumat dikongsi dan melalui setiap rantai penyertaan yang dipanggil “node”. Inilah yang dipanggil “decentralized system”. Tiada central server, tiada pemilik sistem dan tiada pengawal sistem.
Maka segala maklumat atau data dapat dilihat dan disemak oleh mereka yang berada dalam rantaian tersebut. Tiada kerahsiaan di dalam perjalanan sistem Mr B. Inilah yang digelar “open ledger system’.
Tidak seperti sistem berpusat (centralized system) seperti bank. Duit yang kita simpan di dalamnya, adakah benar-benar telus dan selamat? Adakah ia tidak dicuri atau digunakan di tempat lain? Inilah kelemahan sistem berpusat, “ledger” juga boleh diisi dan diubah oleh entiti yang menjaganya tanpa pengetahuan kita. Sistem itu dikawal mereka, sudah pasti mudah untuk ia dimanipulasikan.
Kesimpulannya, pada pendapat #ummiKhalish sendiri, sistem Mr B ini sangat bagus untuk digunakan pada zaman IT serba canggih ini. Memandangkan teknologi sedia ada mudah untuk dimanipulasi kerada adanya pihak ketiga, kehadiran Mr B ini seolah-olah menjadi solusi kepada keraguan individu yang tidak yakin dengan bidang kuasa pihak ketiga.
Jadi, bolehlah kita mula bersahabat dengan Mr B ye semua.
Artikel ini disunting daripada sumber asal di coin.my