Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ?
Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi makdsud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A PP 3/98. Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. (Rujuk Para 7 PP 3/1998) Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. (Rujuk Para 8 PP 3/1998)
Dipetik dari Buku – Memantapkan Integriti, Jihad Perangi Jenayah Rasuah. Siri Panduan Pencegahan dan Pelaporan Kes Jenayah Rasuah. SPRM Negeri Pahang.
M.M.Noor
2018Nov19.