Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di mana pemberinya tidak diketahui ?
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk Para 6 PP 3/1998).
Dipetik dari Buku – Memantapkan Integriti, Jihad Perangi Jenayah Rasuah. Siri Panduan Pencegahan dan Pelaporan Kes Jenayah Rasuah. SPRM Negeri Pahang.
M.M.Noor
2018Nov19.