Adakah pemberian hamper yang kecil nilainya dianggap rasuah ?
Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. ( Rujuk Para 12 – PP 3/1998 ) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam.
Dipetik dari Buku – Memantapkan Integriti, Jihad Perangi Jenayah Rasuah. Siri Panduan Pencegahan dan Pelaporan Kes Jenayah Rasuah. SPRM Negeri Pahang.
M.M.Noor
2018Nov19.