List

Teringat pada arwah Pak Rizal, an indonesian..warga Institute Biosciences UPM pasti kenal sosok ni..

Arwah banyak mengajar saya mengenal kehidupan melalui sains..cara dia ajar tu halus je..tapi menusuk dikalbu..ahah..macam jarum =)

Bila kita bersembang dengan orang yang ‘lebih makan garam’, kita akan dapat nasihat yang sangat berharga daripada mereka..samada secara langsung atau tidak langsung..

ok cukup untuk introduction…back to the main point..

Menurut Arwah, we as a human being, is just like a molecule of water..untuk membentuk satu molecule of water, oxygen memerlukan dua atom hydrogen..dimana intramolecular polar covalent bonding diperlukan untuk ‘mengikat’ kedua-dua atom hydrogen tersebut..

sebagaimana oxygen perlukan hydrogen untuk membentuk satu molecule of water, kita as a muslim juga perlu Allah dan manusia lain sebab kita tak boleh nak hidup seorang..sebab tu kena jaga hubungan dengan Allah (hablun minAllah) dan juga manusia (hablun minannas)..(nampak tak macam mana arwah ‘basuh’ aku..sebab dia tau aku introvert haha…..dan juga hanyut..eh?)

Dan molecule of water boleh ‘bonded’ to each other through hydrogen bonding..hydrogen bond yang mengikat molecule air tersebut bukan lah satu ikatan yang nyata, tapi lebih kepada an attractive interaction antara hydrogen atom dengan electronegative atom (oxygen)..lihat gambar di bawah..

 

 

Tengok bagaimana molekul air yang “bonded” boleh membentuk air sungai, air laut, air hujan yang memberi manfaat pada kita..lihat sahaja ke’power’an air banjir dan tsunami..(don’t mess with mother nature)

dalam konteks kita as a malaysian, kita juga perlu menjaga hubungan baik sesama kita…dibumi Malaysia kita ada melayu, cina, india, iban, kadazan, dusun, orang asli dan banyak lagi etnik lain di bumi bertuah ni..walaupun kita bukan saudara seibu sebapa, tapi kita tetap bersatu as MALAYSIAN dalam menjaga keharmonian sesama kita..

bak kata pepatah,

“bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”

“air dicincang tidak akan putus”

nah..bukan saja-saja orang dulu guna air untuk buat pepatah..power sebenarnya air ni kiki..

akhir kata, jadi lah kita seperti mana air, memberi manfaat pada orang lain..dan bersatu teguh membentuk perpaduan yang kukuh dan harmoni..

p/s:Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

 

ok done tazkirah.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *