Tip Tiket Murah ke Langkawi

 

Pada Sep 2018 saya cuba cara ni dan harga tiket pergi balik sekitar RM170/seorang. Murah kan? Atas kerajinan suami yang amat sangat dan kami dapat harga ni. Tempoh pencarian suami sekitar 2 minggu dia key in dan alert kan di emel. jadi apabila ada trigger harga yang lebih murah, terus kami beli.

 

Kami pergi seramai 14 orang (9 dewasa 5 kanak-kanak)

Kalau nak tiket murah ke Langkawi menaiki MAS atau Malindo AIR. Ini antara perkara yang anda perlu lakukan:

 

  1. Booking tiket 4-5 bulan awal sebelaum bercuti.
  2. Daftar sebagai ahli MAS Enrich membership (free je tak perlu bayar pun).
  3. Cari tiket sehala sahaja (Tiket pergi dan tiket balik berasingan). Sebelum itu kenalah pastikan tiket pada tarikh berkenan masih ada. Bab ni  kena rajin mencuba mana yang lebih berbaloi.  Dengan kata lain cuba beberapa tarikh dan juga return dan one way. Ia juga mengambil masa dan mungkin perlukan 1-2 minggu.
  4. Enrich ni limit dia 9 penumpang sahaja sekali beli. Kalau bilangan ahli keluarga kena beli kali ke 2.  Jika ada rezeki dapat lebih murah atau mahal sedikit.

Itu sahaja. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *