List

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam terutamanya Universiti Malaysia Pahang. Semester baharu bermula, siswa dan siswi pasti sudah mempersiapkan diri untuk menimba ilmu. Tiadalah yang membezakan proses pembelajaran jika hendak dibandingkan daripada zaman asasi atau matrikulasi dengan peringkat lebih tinggi di universiti. Bijaklah memilih kawan untuk bergaul dan sentiasa menetapkan niat yang betul sepanjang berada di universiti.

Seperti universiti lain, kami juga menyiapkan modul untuk digunakan oleh semua pelajar bagi subjek-subjek tertentu. Alhamdulillah, sepanjang 2018 kami berjaya menulis buku dan telah pun digunakan secara tidak rasmi bagi tahun yang sama. Ini bagi memastikan buku tersebut benar-benar berkualiti dan mengandungi kesalahan minima sebelum ianya dicetak secara rasmi oleh Penerbit UMP. Selepas berpuas hati dengan hasil tulisan serta telah melalui saringan dan pembetulan dari semasa ke semasa oleh pelajar dan penilai luar, akhirnya, kami berjaya menerbitkan buku dengan rasmi bersama Penerbit UMP. Buku ini akan dicetak dan digunakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus tersebut pada semester 1, 2019/20 yang akan memulakan sesi pengkuliahan pada 9 September 2019.

Kami berharap tulisan modul tersebut dapat menjadi panduan dan rujukan oleh pelajar yang menggunakannya kelak. Semoga ini juga menjadi saham akhirat bagi kami, ameen. Kami menyeru, pelajar turut sama mempunyai rasa bertanggungjawab dengan membeli buku original dengan Penerbit UMP bukan dengan mencetak (baca: fotostat) dengan cara yang tidak sah. Ingatlah, kita bukan saja ingin belajar tanpa apa-apa pengisian, kita mahu didik diri kita menjadi seorang yang berintegriti dan mempunyai nilai murni. Senoga ilmu yang ditimba nanti memperoleh keberkatan dari-Nya.

Buku Technical Mathematics ini akan digunakan oleh pelajar Diploma yang mengambil subjek DUM2113. Saya merupakan Ketua Editor dan penulis bagi Chapter 4: Three Dimensional Spaces.

Buku Applied Mathematics akan digunakan pelajar FTech yang mengambil subjek BUM2113. Saya merupakan penulis bagi Chapter 3: Laplace Transforms.

Terima kasih tidak terhingga buat pengurusan tertinggi Pusat Sains Matematik UMP tertutamanya Dekan, PM Dr Mohd Zuki Salleh atas dorongan dan dukungan yang membawa kepada kejayaan penerbitan modul ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Tag: ump

1 2
September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 9th, 2019

FRGS 2019: Tahniah UMP!!!

Tahniah UMP untuk penganugerahan geran FRGS 2019 yang berjumlah RM10, 473, 097.00. Tahniah juga FSTI yang berjaya menyumbang sebanyak RM1, […]

August 9th, 2019

Bengkel TVET Micro Credential & eBook Self Publishing for Beginners

Terima kasih Pusat Sumber Pengajaran & e-Pembelajaran (CIReL) UMP atas inisitif mengadakan bengkel ini. Banyak input-input yang dikongsikan oleh Prof […]

August 7th, 2019

STEM FIST: Mathemania 2019 mencambahkan minat pelajar dalam Matematik

Program Mathemania adalah sebuah program anjuran Applied & Industrial Mathematics (AIMs) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) dan Jabatan […]

December 19th, 2018

Global Classroom Applied Calculus between UMP Malaysia with Suleyman Demirel University Kazakhstan

Teknologi hari ini membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuatu subjek diadakan secara rentas sempadan. Global Classroom adalah suatu inisitif […]

November 10th, 2018

UMP 13th Convocation Ceremony

Majlis Konvokesyen UMP kali ke-13 telah disempurnakan oleh Canselor UMP iaitu KDYMM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah […]

November 10th, 2018

Bengkel Tambah Baik Kursus Matematik di FTeK UMP

Pada hari Jumaat, 9.11.2018, FTeK dan Program Sains (Matematik) FSTI UMP telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Penawaran Kursus Matematik di FTEK […]

October 18th, 2018

Perspective: We See Things Differently!

Perspective, is the way you see or view things. In fact, when all of you look at me, maybe some […]

October 12th, 2018

Good News: Successfully Secure FRGS 2018!

Alhamdulillah! Melihat kejayaan rakan-rakan dalam aktiviti menyelia dan penyelidikan acap kali membawakan perasaan yang bercampur baur. Adakala bangga dengan pencapaian […]