Memasuki bidang akademik pada peringkat tertiary ini memerlukan semangat dan azam yang jitu. Tugas masa kini bukan sahaja untuk mengajar pelajar undergraduate dan postgraduate (master in mixed–mode) tetapi aktiviti penyelidikan dan penyeliaan pelajar dalam mod penyelidikan harus dilakukan juga. Selain daripada menjana pendapatan kepada universiti, bidang penyeliaan juga dapat membantu ahli akademik untuk menjadi seorang pembimbing dalam melahirkan lebih ramai pelajar dengan master dan doctoral degree.
Sebagai pensyarah baru, aturan demi aturan dibuat untuk memenuhi KPI yang bukan sahaja memenuhi KPI universiti tetapi juga memenuhi KPI diri sendiri. Di UMP umumnya dan FSTI khususnya, dalam program Sains, sudah ramai pensyarah yang sudah ada pelajar pascasiswazah. Rezeki dan kredibiliti mereka antara faktor ramai pelajar yang menyambung pelajaran pada peringkat pascasiswazah dengan mereka. Tidak kira staf lama ataupun staf baru, produktiviti mereka sama naik.
Dalam masa yang sama, saya juga yang mahu masuk 2 tahun berkhidmat dengan UMP masih tercari-cari pelajar untuk sambung dengan saya. Nak kata baharu, ada juga staf yang lebih baru, sudah berjaya mendapat satu ke dua orang pelajar menyambung master/PhD bawah penyeliaan mereka. Saya ada PhD dalam bidang Matematik (Tulen). Membuat teori dan teorem baharu dalam Matematik dan lebih mengkhusus dalam penyelidikan saya yang berkait dengan fenomena hiris-cantum DNA mungkin kurang mendapat sambutan dalam kalangan calon-calon pelajar. Walaupun dilihat sebagai bidang Matematik Tulen, tetapi penyelidikan saya yang menggabungkan pembelajaran dua disiplin ilmu; Matematik dan Biologi, juga boleh dikatakan agak menarik.
2 bakal pelajar pascasiswazah yang pernah berjumpa dengan saya sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak jadi meneruskan niat tersebut atas kekangan kewangan. Banyak yang sudah saya lakukan seperti promosi mulut ke mulut, rangkaian media sosial dan apa-apa yang saya kira boleh digunakan sebagai medium promosi telah saya lakukan. Tetapi rezeki masih belum berpihak. Mungkin masih belum banyak usaha yang dilakukan. Saya harapkan akan ada pelajar yang mendaftar pada masa akan datang. Saya kongsikan poster dan hebahan yang saya lakukan menerusi medium sosial network. Moga-moga ada sinar ceria dalam tahun ini kerana tidak sabar mahu berkongsi ilmu!
Poster
IG & WhatsApp Story
Leave a Reply