Sebelum berhari raya, umat Islam wajib menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan…
Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) – Sumber JAKIM
Masa itu benar seakan mengejar kita… Andai terleka, pasti masa itu terisi dengan perbuatan yang sia-sia, semoga Allah sentiasa memastikan kita tergolong dalam kelompok yang mana hari ini lebih baik dari hari sebelumnya.
Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya dan kalian yang lain menyempurnakan ibadah puasa selama sebulan semoga Allah mengganjarkan pahala sesuai dengan amalan yang telah kita lipat gandakan sepanjang bulan yang penuh barokah itu.
Ada apa pada raya? Semakin menginjak usia, meriahnya syawal itu cukuplah ditafsirkan sebagai keseronokkan dalam membuat persediaan menyambut raya dengan baju rayanya, membeli kuih raya dan macam-macam lagi. Budak-budak di kampung sekarang pun tidak lagi bersemangat seperti kita dahulu, menziarah dari rumah ke rumah untuk mengutip duit raya, mereka cukup khayal dengan gadget masing-masing. Tidak boleh menyalahkan, arus kehidupan dan zaman mereka beransur-ansur berubah, tidak lagi seperti zaman lepas. Tapi apa yang penting? Kunjung-mengunjung ke rumah saudara-mara dan sahabat handai harus dihidupkan!
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin!
Leave a Reply