Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam terutamanya Universiti Malaysia Pahang. Semester baharu bermula, siswa dan siswi pasti sudah mempersiapkan diri untuk menimba ilmu. Tiadalah yang membezakan proses pembelajaran jika hendak dibandingkan daripada zaman asasi atau matrikulasi dengan peringkat lebih tinggi di universiti. Bijaklah memilih kawan untuk bergaul dan sentiasa menetapkan niat yang betul sepanjang berada di universiti.
Seperti universiti lain, kami juga menyiapkan modul untuk digunakan oleh semua pelajar bagi subjek-subjek tertentu. Alhamdulillah, sepanjang 2018 kami berjaya menulis buku dan telah pun digunakan secara tidak rasmi bagi tahun yang sama. Ini bagi memastikan buku tersebut benar-benar berkualiti dan mengandungi kesalahan minima sebelum ianya dicetak secara rasmi oleh Penerbit UMP. Selepas berpuas hati dengan hasil tulisan serta telah melalui saringan dan pembetulan dari semasa ke semasa oleh pelajar dan penilai luar, akhirnya, kami berjaya menerbitkan buku dengan rasmi bersama Penerbit UMP. Buku ini akan dicetak dan digunakan oleh semua pelajar yang mengambil kursus tersebut pada semester 1, 2019/20 yang akan memulakan sesi pengkuliahan pada 9 September 2019.
Kami berharap tulisan modul tersebut dapat menjadi panduan dan rujukan oleh pelajar yang menggunakannya kelak. Semoga ini juga menjadi saham akhirat bagi kami, ameen. Kami menyeru, pelajar turut sama mempunyai rasa bertanggungjawab dengan membeli buku original dengan Penerbit UMP bukan dengan mencetak (baca: fotostat) dengan cara yang tidak sah. Ingatlah, kita bukan saja ingin belajar tanpa apa-apa pengisian, kita mahu didik diri kita menjadi seorang yang berintegriti dan mempunyai nilai murni. Senoga ilmu yang ditimba nanti memperoleh keberkatan dari-Nya.
Buku Technical Mathematics ini akan digunakan oleh pelajar Diploma yang mengambil subjek DUM2113. Saya merupakan Ketua Editor dan penulis bagi Chapter 4: Three Dimensional Spaces.
Buku Applied Mathematics akan digunakan pelajar FTech yang mengambil subjek BUM2113. Saya merupakan penulis bagi Chapter 3: Laplace Transforms.
Terima kasih tidak terhingga buat pengurusan tertinggi Pusat Sains Matematik UMP tertutamanya Dekan, PM Dr Mohd Zuki Salleh atas dorongan dan dukungan yang membawa kepada kejayaan penerbitan modul ini.
Leave a Reply