Unit Insaniah dan Kebajikan (UnIK) merupakan sebuah persatuan bagi staff sokongan dan akademik di FSTI. Sekitar April, mereka telah menguar-uarkan pelaksanaan sebuah program UnIK The Biggest Loser yang mensasarkan semua ahli UnIK bagi menyertai program untuk hidup lebih sihat dengan penurunan berat badan.
Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk kurus tetapi semua tidak berjaya kerana mungkin cara yang saya gunakan tidak betul. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menyahut cabaran yang diberikan oleh UnIK.
Kami telah dimasukkan ke dalam sebuah Group WhatsApp untuk mendapatkan sesi konsultasi dengan seorang pelatih berpengalaman. Dalam group tersebut, kami diberikan dorongan, cadangan menu diet sihat dan senaman yang perlu diikuti bagi mendapatkan keputusan seperti yang dirancangkan. Pelatih kumpulan kami mencadangkan kami untuk melakukan lebih banyak aktiviti senaman dengan menggunakan berat atau beban seperti dumbbell dan sebagainya.
Tiada siapa yang mahu ikuti jalan begini tetapi dengan azam In Shaa Allah, semuanya dipermudahkan. Apa yang boleh saya rumuskan, memang benarlah apa yang telah dikongsikan oleh orang kebanyakkan, Diet 70% dan senaman 30%. Memanglah, pada mulanya diet itu sangat susah untuk diikuti, kita akan berasa lapar sepanjang masa. Tetapi berkat dorongan dan azam serta nutrisi pemakanan yang betul, itu boleh diatasi dari semasa ke semasa. Diet yang sihat bukanlah dengan tidak makan, tetapi dengan pengambilan makanan yang seimbang. Makanan seimbang perlu lah ada karbohidrat (nasi, sweet potato, roti wholemeal, brocholli), protein (ayam, ikan, tauhu) dan serat (sayur-sayuran). Jika dulu, cara saya berdiet adalah dengan tidak makan nasi, kadang-kadang pada satu tahap, saya hanya makan koko krunch dengan susu sahaja. Sekarang saya akan pastikan saya makan dengan cukup, sarapan, makan tengahari (lunch) dan makan malam (dinner). Jangan lupa untuk sentiasa snacking seboleh-bolehnya 2 kali sehari sama ada jam 10 pagi, 3 petang atau 9-10 malam. Lebihkan buah-buahan atau proteing semasa snacking.
Elakkan lah makanan manis, berminyak serta berkolestrol tinggi dan garam yang berlebihan. Berat saya daripada 88.3KG ——> 80.3KG. Sekarang, berat saya sekitar 78-80KG dan saya bercadang untuk meningkatkan jumlah dan variasikan aktiviti senaman dengan menghadiri sesi senaman di gym berdekatan.
Saya kongsikan antara menu yang saya amalkan sepanjang 2 bulan program ini berlangsung dan diet ini juga saya amalkan sehingga ke hari ini.
Leave a Reply