Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019!
Semakin bertambah tahun, semakin menginjak usia. Daripada alam remaja ke dewasa, daripada 20-an ke 30-an. Seperti biasa, banyak yang kita impikan dari setahun ke setahun. Apa yang pasti, setiap apa yang kita inginkan, tidak boleh hanya bermodalkan air liur. Tindakan yang seiring memungkinkan apa yang tampak mustahil, mudah digapai.
Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan sepanjang tahun 2018. Kadang-kadang hanya mampu bersyukur dengan kurnian Illahi! Misi 2019 sentiasa ingin memberikan yang terbaik. 2019 juga mungkin satu tahun yang besar, tahun yang bisa aja menguji kita semua dari segala aspek. Doakan lah semoga apa yang dikerjakan mendapat balasan yang setimpal. Doa juga semoga tahun ini Allah sentiasa menetapkan hati kita supaya sentiasa berpegang pada ajaran dan agama-Nya.
Saya mendoakan tahun 2019 adalah tahun yang bermakna buat kita semua!
SELAMAT TAHUN BAHARU 2019!!!
Leave a Reply