Cerita malang yang tak semua melaluinya. Yang tahu, tahu lah. Tapi bersyukur kerana accident tu kecil, tidak seperti yang lain-lain yang mengalaminya.
24/10/2018 adalah cuti umum di Pahang kerana Hari Keputeraan Sultan Pahang. Tetapi malam nya, subjek kami, Applied Calculus BUM2123 ada mid term test. Saya pon meminta pertolongan daripada kawan untuk bantu sama-sama invigilate the test. Nak dijadikan cerita, hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan dari Indera Sempurna ke UMP Pekan.
Habis sahaja exam, kami pon bergerak balik. Hujan tidak seperti mula-mula kami datang ke kampus. Masih hujan tetapi renya-renyai, kadang-kadang sederhana lebat. Tidak tahu salah siapa, tiba-tiba satu bunyi kuat datang menyinggah seperti berlakunya satu rempuhan sederhana kuat di sebelah kanan! Sah! Saya berlanggar dengan kereta dari arah bertentangan. Kami yang berada dalam kereta, kaget dan cepat-cepat mencari kawasan selamat dan memberhentikan kenderaan. Terus dicapai telefon bimbit dan menghala lampu telefon ke arah sisi badan kenderaan. Cermin sisi sebelah kanan tertanggal langsung togel! Cermin nya hilang dari penglihatan. Saya tenung jauh ke belakang menjenguk kereta yang melanggar kereta saya sambil minda kosong tak tahu apa tindakan seterusnya yang perlu dilakukan.
Nasib baik pemandu kereta tadi bertanggungjawab dan pusing serta terus menyapa kami. Rupa-rupanya pelajar UMP Pekan. CIS! Biasalah bila keadaan macam ini. Masing-masing cuba untuk menyatakan bahawa masing-masing telah memandu dengan selamat, barangkali salah pihak yang satu lagi. Tetapi diskusinya berlangsung tenang. Tidak pula mahu menarik kolar baju masing-masing. Dia lebih bernasib baik, cover cermin sisinya tidak togel seperti kereta saya, hanya pecah tetapi masih berbentuk seperti cermin sisi. Kami saling menangkap gambar kereta, bertukar no telefon. Tiada penyelesaian yang dapat dibuat. Oleh kerana, malam makin pekat, kami beransur pulang dan mohon supaya perbincangan dilanjutkan lewat mesej WhatsApp. Pulanglah saya dan kawan dalam keadaan mata penglihatan kereta yang cacat sebelah. Perlahan meredah hujan tetapi masih selamat sampai ke rumah masing-masing.
Esoknya, saya tak bekerja, ambil cuti kecemasan. Banyak yang perlu saya fikirkan. Paling tidak pon menjenguk beberapa bengkel menganalisa masalah dan mencari solusi. Selepas puas berbincang, keputusannya, kami baiki kereta masing-masing. Kos sendirian berhad! Saya pon ke Honda Service Centre Macinda Kuantan untuk bertanyakan perihal kerosakkan itu. Selepas menganalisa, saya dimaklumkan kos pembaikian hanyalah sekitar RM180-RM200. Murah! Maka saya disuruh pulang dan menunggu untuk bahagian alat ganti tiba sebelum proses pembaikian dapat dijalankan.
Nak dijadikan cerita, Sabtu pon tiba dan bahagian Body Paint Honda Macinda pon WhatsApp saya dan memaklumkan bahawa bahagian alat ganti telah tiba tetapi terdapat perubahan harga, Rupa-rupanya harga murah yang diberikan tempoh hari adalah upah pemasangan + cat sahaja! Kos sebenar mencecah RM500. Selepas bertanya, saya pon bersetuju dengan harga tersebut dan disuruh datang untuk menyerahkan kereta dalam beberapa hari. Selepas menghantar kereta, saya pon balik. Dalam tempoh sejam, saya terima beberapa mesej daripada Honda Macinda Kuantan.
Mesej yang masuk mula-mula adalah perkataan maaf dan ingin memaklumkan saya bahawa bahagian alat ganti yang sampai adalah untuk Model Honda City bukan Jazz. Saya seperti pelanggan yang lain, mengamuk secara berhemah lah! Bukan salah saya, salah mereka! Kemudian tidak sempat saya reda dengan pemakluman itu, saya dimaklumkan lagi bahawa harga sudah berubah, LAGI! Kali ini ia sudah mencecah RM1000! Kau gila ke apa? Saya suruh mereka menyemak sekali lagi kerana Honda Jazz saya adalah model E tahun 2016. Cermin sisi bagi spec itu adalah bukan auto flip atau non-motorize dan tiada lampu signal pon, masakan harga boleh mencecah RM1000! Mereka kata harga itu adalah benar. Saya balas sinis, agak-agaknya kalau auto flip atau motorize side mirror mahu cecah RM3K untuk sebuah cermin sisi. Saya menjalankan hak sebagai pelanggan dan membuat keputusan tidak meneruskan proses pembaikian di situ. Harganya tidak munasabah!
Saya buat keputusan untuk membaiki di bengkel luar. Kalau saya tahu, saya dah usahakan mencari alternatif di bengkel luar! Sekarang prosesnya akan lebih memakan masa. Benarlah, kita merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah itu sebaik-baik perancang! Selepas mendapat pendapat daripada yang berpengalaman, saya terus membuat appointment. Tetapi pihak bengkel memaklumkan bahagian cermin sisi itu mungkin dijual sekitar RM500 dan saya membalas saya akan cari sendiri bahagian cermin sisi tersebut. Saya beli cermin sisi tulen Honda Jazz menerusi aplikasi Lazada yang berharga hanya RM350 dan pada Selasa 30/10/2018 parcel tersebut tiba di UMP Gambang. Pada Jumaat, 2/11/2018 akhirnya kereta saya siap dibaiki. Kos upah + caj hanya RM80. Jumlah keseluruhan hanyalah RM430 berbanding RM1000 yang ditawarkan Honda Macinda Semambu Kuantan! Sangat menjimatkan!!!
Moral of the story, rajin-rajinlah bertanya kepada yang berpengalaman. Buat survey dan jangan terima bulat-bulat apa yang dicadangkan oleh sesetengah pihak. Barangkali untung pada mereka dan rugi pada kita. Pandu cermat jiwa selamat. Jadikan kisah ini sebagai iktibar.
Leave a Reply