List

Memasuki bidang akademik pada peringkat tertiary ini memerlukan semangat dan azam yang jitu. Tugas masa kini bukan sahaja untuk mengajar pelajar undergraduate dan postgraduate (master in mixedmode) tetapi aktiviti penyelidikan dan penyeliaan pelajar dalam mod penyelidikan harus dilakukan juga. Selain daripada menjana pendapatan kepada universiti, bidang penyeliaan juga dapat membantu ahli akademik untuk menjadi seorang pembimbing dalam melahirkan lebih ramai pelajar dengan master dan doctoral degree.

Sebagai pensyarah baru, aturan demi aturan dibuat untuk memenuhi KPI yang bukan sahaja memenuhi KPI universiti tetapi juga memenuhi KPI diri sendiri. Di UMP umumnya dan FSTI khususnya, dalam program Sains, sudah ramai pensyarah yang sudah ada pelajar pascasiswazah. Rezeki dan kredibiliti mereka antara faktor ramai pelajar yang menyambung pelajaran pada peringkat pascasiswazah dengan mereka. Tidak kira staf lama ataupun staf baru, produktiviti mereka sama naik.

Dalam masa yang sama, saya juga yang mahu masuk 2 tahun berkhidmat dengan UMP masih tercari-cari pelajar untuk sambung dengan saya. Nak kata baharu, ada juga staf yang lebih baru, sudah berjaya mendapat satu ke dua orang pelajar menyambung master/PhD bawah penyeliaan mereka. Saya ada PhD dalam bidang Matematik (Tulen). Membuat teori dan teorem baharu dalam Matematik dan lebih mengkhusus dalam penyelidikan saya yang berkait dengan fenomena hiris-cantum DNA mungkin kurang mendapat sambutan dalam kalangan calon-calon pelajar. Walaupun dilihat sebagai bidang Matematik Tulen, tetapi penyelidikan saya yang menggabungkan pembelajaran dua disiplin ilmu; Matematik dan Biologi, juga boleh dikatakan agak menarik.

2 bakal pelajar pascasiswazah yang pernah berjumpa dengan saya sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak jadi meneruskan niat tersebut atas kekangan kewangan. Banyak yang sudah saya lakukan seperti promosi mulut ke mulut, rangkaian media sosial dan apa-apa yang saya kira boleh digunakan sebagai medium promosi telah saya lakukan. Tetapi rezeki masih belum berpihak. Mungkin masih belum banyak usaha yang dilakukan. Saya harapkan akan ada pelajar yang mendaftar pada masa akan datang. Saya kongsikan poster dan hebahan yang saya lakukan menerusi medium sosial network. Moga-moga ada sinar ceria dalam tahun ini kerana tidak sabar mahu berkongsi ilmu!

 

Poster

 

IG & WhatsApp Story

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  Posts

1 2 3 6
September 1st, 2019

Ucapan Ma’al Hijrah 1441H

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu […]

September 1st, 2019

Penerbitan Buku Matematik untuk Sesi 2019/20

Tahniah buat semua mahasiswa yang terpilih untuk meneruskan pembelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda dan diploma ke seluruh Universiti Awam […]

September 1st, 2019

Menghayati Hari Kebangsaan ke-62 dengan penuh rasa syukur

Dalam kebersamaan pasti wujud perbezaan. Raikan perbezaan yang wujud dalam kalangan kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Usah […]

August 22nd, 2019

Data Science Programming Workshop – Phyton & R Languages

Pusat Sains Matematik akan mengambil pelajar buat pertama kalinya bagi kursus Bachelor Degree – Data Science (Hons.). Pengambilann pertama adalah […]

August 20th, 2019

Meraikan penubuhan Pusat Sains Matematik di UMP

Sejajar dengan penstrukturan baru pentadbiran di UMP seiring dengan lantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff, Program Sains Matematik […]

August 20th, 2019

Impian menjadi pembaca berita menerusi #bacaberitachallenge

Masa kita kecil, kita mungkin ada kerjaya impian kita. Ada yang tengok polis terus terinspirasi untuk menjadi polis bila dewasa […]

August 20th, 2019

AR & VR Alat Bantu Mengajar P&P Zaman Kini

Kepesatan teknologi dalam kehidupan hari ini amat maju. Jika dahulu nak bayar bil perlu ke pejabat pos berhampiran, sekarang pembayaran […]

August 16th, 2019

Research Visit & Discussion at Faculty of Electrical and Electronic Engineering Technology, UTeM Melaka on 13 – 16 August 2019

My research visit this time require me to travel all the way to Melaka. My visit started on 13 until […]

August 16th, 2019

Research Visit at UTM 16 – 18 July 2019

I visited UTM to discuss the progress of my research grant and to seek advice from my former PhD supervisor, […]

August 12th, 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019 1440H

Selamat hari raya qurban diucapkan buat semua umat Islam di dunia. Semoga umat Islam yang menunaikan haji pada tahun ini […]