Sedangkan kita yang punya gaji setiap bulan pon, memerlukan suatu panduan dalam mengurus perbelanjaan, inikan pula kerajaan yang merupakan suatu identiti yang bertindak dalam memacu pergerakan sesebuah negara. 2 November 2018, Kerajaan Malaysia bakal membentangkan Belanjawan Malaysia bagi tahun 2019. Idea dan harapan rakyat yang mahu Malaysia terus maju dan berkembang amat diperlukan dalam merangka perbelanjaan mengurus dan pembangunan Malaysia pada edisi 2019. Sumbang saran idea dan buah fikiran boleh disalurkan ke laman web rasmi Kementerian Kewangan (MOF) Malaysia di sini. Belanjawan pendidikan tidak boleh diketepikan dalam usaha Malaysia ingin mencapai status negara maju. Moga-moga buah fikiran yang dikongsikan rakyat dapat direalisasikan pemerintah pada sesi pembentangan bajet itu kelak.
p/s: Bila result FRGS 2018 nak keluar? Hmm…
Leave a Reply